Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
7:00
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

BH.sg berwajah baru mulai hari ini

Mar 10, 2016 | 05:30 AM

HARI ini laman web Berita Harian (BH), BeritaHarian.sg, dan juga surat berita elektronik BH atau E-newsletter bertukar wajah.

Pembaharuan itu sempena menyambut ulang tahun kedua laman tersebut memaparkan reka bentuk yang lebih kemas dan lebih mesra pengguna.

Laman itu juga responsif kepada saiz skrin digital pembaca seperti skrin telefon bijak, tablet dan komputer.

Walaupun kebanyakan kategori sedia ada akan dikekalkan, wajah baru BH.sg disusun rapi agar mudah bagi pembaca mengikutinya.

Selain menyajikan berita yang terkandung dalam wadah media cetak, laman baru itu turut memuatkan kandungan berita terkini dan galeri video yang diterbitkan sendiri oleh kru BH.

Ruangan baru seperti Berita Pengiklan dan ruangan Eksklusif turut diperkenal.

BeritaHarian.sg juga mempunyai maklumat tentang jadual waktu solat, tarikh Hijrah dan keadaan cuaca Singapura.

Pembaca juga mudah mendapatkan maklumat tentang naik turun pasaran saham Singapura menerusi Indeks Straits Times (STI).

Selain itu, mereka yang melanggani E-Newsletter atau berita ringkas elektronik BH kini akan menerimanya mulai 6 petang hari ini, berbanding pagi esoknya sebelum ini.

Mereka akan menerima kandungan berita terkini dan popular di kalangan pembaca dari Isnin hingga Jumaat.

Sebelum ini pengguna hanya menerima berita ringkas elektronik itu melalui e-mel pada 7 pagi pada hari akhbar ini dicetak.

E-Newsletter BH juga memaparkan wajah barunya yang lebih kemas dan teratur demi memudahkan pembaca.

Ia diperkenal untuk menyediakan platform berita kepada pembaca secara lebih menyeluruh.

Pembaca yang berminat menerima berita ringkas percuma ini perlu mendaftar menerusi laman BeritaHarian.sg melalui butang E-Newsletter BH. Tiada bayaran dikenakan.

Bagi pembaca yang ingin melanggani pakej Semua Dalam Satu Berita Harian pada harga $18.99 sebulan, sila hubungi 6388-3838 atau lungsuri laman www.sphsubscription.com.sg.

Menerusi pakej tersebut, selain menerima akhbar cetak, pembaca boleh membaca kandungan akhbar ini menggunakan empat wadah digital, termasuk laman web dan aplikasi mudah alih.


TITIK PENTING BH.SG

DISEMBER 2013

Aplikasi bergerak telefon bijak dan iPad dilancar

FEBRUARI 2014

Laman web BH.sg dilancar rasmi semasa perlawanan pembukaan musim baru Liga Super Malaysia

JUN 2014

Anjur acara sulung Malam Sastera

JULAI 2014

BH.sg 'buka' gerai di Bazar Hari Raya di Geylang Serai

DISEMBER 2014

BH.sg rakan penganjur pertandingan memancing Fishingkaki.com-SSCC

FEBRUARI 2015

Aplikasi bergerak versi baru dilancar

APRIL 2015

Lancar surat berita elektronik

MEI 2015

Anjur Kejohanan Nasional Futsal sempena SG50

OKTOBER 2015

Anjur Wacana dan Malam Sastera sempena Bulan Bahasa

3 MAC 2016

Raih Anugerah Khas Cemerlang 2015 Kumpulan EMTM SPH

10 Mac 2016

Wajah baru BH.sg dan e-newsletter dilancar

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3