Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Biar bijak rancang untuk persaraan

CPF
Oct 13, 2020 | 05:30 AM



Bagaimana CPF membantu dalam persaraan saya?



Untuk ketenangan fikiran sepanjang usia persaraan, anda memerlukan pembayaran bulanan tidak kira berapa lama hayat anda. Pada masa yang sama, ada kalanya anda memerlukan wang untuk keperluan kecemasan. Sistem CPF memastikan kedua-dua keperluan ini dijaga. Namun, ia hanya boleh dilakukan sekiranya anggota CPF membuat sumbangan kepada akaun CPF sepanjang tempoh mereka bekerja untuk menabung bagi persaraan.



Bagaimana CPF menyediakan pembayaran sehingga akhir hayat?



Ini dilakukan menerusi CPF LIFE, skim insuran sepanjang hayat yang melindungi anda daripada kekurangan dana persaraan dengan menyediakan pembayaran bulanan sehingga akhir hayat. Anggota CPF boleh menyertai CPF LIFE dari usia 65 tahun dan pembayaran bulanan akan bermula sejurus seseorang itu menyertai skim tersebut.



Adakah CPF membolehkan wang dikeluarkan secara pukal selepas persaraan?



Apabila anda mencapai usia 55 tahun, secara umum, jumlah yang boleh anda keluarkan secara pukal adalah lebih tinggi daripada berikut:



$5,000;



Baki Akaun Biasa, Khas dan Persaraan (OSRA) melebihi Jumlah Persaraan Penuh Kohort (CFRS) anda; atau



Baki OSRA melebihi Jumlah Persaraan Asas Kohort (CBRS) jika anda memiliki hartanah dengan baki pajakan yang boleh anda diami sehingga usia sekurang-kurangnya 95 tahun.



KENALI PERBEZAAN ANTARA JUMLAH PERSARAAN ASAS, PENUH DAN DIPERTINGKAT



Haruskah saya mengeluarkan jumlah maksimum yang dibenarkan sejurus saya mencapai usia 55 tahun?



Tidak perlu. Ia bergantung sama ada anda mempunyai keperluan mendesak bagi wang tersebut. Kajian menunjukkan, ada anggota CPF yang mengeluarkan wang CPF secara pukal pada usia 55 tahun hanya untuk menyimpannya di dalam bank, yang memberikan kadar faedah lebih rendah. Ini adalah sesuatu yang tidak menguntungkan para anggota. Sebaliknya, jika mereka membiarkan wang itu di dalam CPF, mereka akan menikmati kadar faedah 6 peratus setahun. Anda tetap boleh mengeluarkan wang anda, secara pukal atau sebahagian sahaja, seberapa kerap yang anda inginkan dan pada bila-bila masa. Dengan menggunakan aplikasi mudah alih myCPF, anda boleh mengeluarkan wang menggunakan PayNow dan wang itu akan dimasukkan ke akaun bank serta merta.



Mengapa saya tidak boleh mengeluarkan semua simpanan saya pada usia 55 tahun, tanpa mengetepikan Jumlah Persaraan?



Ini kerana, kajian menunjukkan apa yang diperlukan sebahagian besar pesara adalah pembayaran bulanan tetap yang dapat menampung keperluan mereka sehingga akhir hayat. Begini jugalah sistem pencen dikendalikan di banyak ekonomi-ekonomi maju.



Mengetepikan jumlah persaraan membantu memastikan anda menerima pendapatan berterusan sepanjang persaraan. Lebih tinggi jumlah persaraan yang diketepikan, lebih tinggi pembayaran bulanan yang anda terima setelah bersara nanti. Tambahan, dengan CPF LIFE, pembayaran itu akan berterusan sehingga akhir hayat.



Kenapa jumlah persaraan sentiasa meningkat?



Pada tahun 1990-an, secawan kopi dan roti bakar berharga $1.50 di kedai kopi. Hari ini, secawan kopi dan roti bakar yang sama itu berharga $3. Ini adalah contoh kesan inflasi kepada barangan harian, iaitu jumlah harga yang meningkat secara umumnya sekali gus barangan yang boleh kita beli semakin berkurangan dengan wang yang kita miliki.



Dengan taraf hidup yang semakin meningkat dan jangka hayat yang lebih panjang, generasi Singapura pada masa akan datang memerlukan perbelanjaan yang lebih tinggi untuk meniti usia senja.



Menyesuaikan jumlah persaraan adalah perlu untuk membantu memastikan bahawa pembayaran bulanan yang anda terima adalah mencukupi untuk menyokong perbelanjaan harian yang anda inginkan setelah bersara nanti.



Jika Jumlah Persaraan Penuh tidak berubah daripada $30,000 seperti yang pertama kali diperkenalkan pada 1987, ia hanya akan menyediakan pembayaran bulanan sekitar $300 hari ini, dan pembayaran itu akan berhenti apabila RA habis digunakan. Kebanyakkan anggota CPF mahukan jumlah yang lebih tinggi daripada itu.



Bandingkan ini dengan Jumlah Persaraan Penuh sebanyak $181,000 pada 2020, yang akan menyediakan pembayaran bulanan sekitar $1,440 sepanjang hayat, bermula pada usia 65 tahun iaitu Usia Layak Menerima Bayaran.



Mengapa saya perlu membayar balik faedah bagi simpanan CPF apabila saya menjual hartanah saya?



Ini kerana sekiranya anda tidak menggunakan CPF untuk membeli hartanah, simpanan CPF anda itu akan menerima faedah. Dengan memulangkan simpanan CPF, dengan faedah berakru (iaitu kadar faedah yang telah ditolak) apabila anda menjual hartanah, anda sekadar mengembalikan CPF anda kepada jumlah asal, sekiranya anda tidak mengeluarkannya untuk membeli hartanah.



Namun, anda masih boleh menggunakan simpanan CPF, termasuk jumlah yang dikembalikan daripada penjualan hartanah sebelum ini, bagi menampung pembelian hartanah baru.



Terdapat anggota CPF yang bimbang mereka perlu menokok CPF mereka dengan wang tunai jika harga penjualan hartanah tidak mencukupi untuk dikembalikan kepada simpanan CPF sepenuhnya. Usah bimbang kerana anda tidak perlu mengeluarkan wang tunai jika anda menjual hartanah anda pada nilai pasaran.




Siri Tanya BH



Ada soalan mengenai CPF?



Kirimkan soalan anda kepada Siri Tanya BH dan dapatkan jawapan pakar.



Hantar soalan anda menerusi:



1. E-mel: bhnews@sph.com.sg (dengan Subjek: Siri Tanya BH)



2. WhatsApp: 8102 2745




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >