Biasiswa bantu bekas penghuni RKM fokus pada pelajaran
Penerima tidak lagi perlu bekerja sambilan untuk tampung belanja sekolah
Jun 25, 2015 | 05:30 AM
MESKIPUN masih bersekolah, Encik Muhammad Danial Rosman pantang mendengar jika ada peluang bekerja sambilan.
Pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur berusia 18 tahun itu akan merebut peluang tersebut, lebih-lebih lagi apabila wang saku hariannya tidak mencukupi.