Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Biasiswa baru program jurutera, teknologi pra-u bagi kerjaya Stem

May 12, 2022 | 05:30 AM



SEBAGAI sebahagian daripada usaha memperkukuh pendidikan Stem (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dan menggalak lebih banyak penyertaan dalam pendidikan tinggi dan kerjaya berkaitan Stem, Kementerian Pendidikan (MOE) akan memperkenal Biasiswa Program Kejuruteraan dan Teknologi baru untuk pelajar prauniversiti mulai tahun depan.



Biasiswa ini bertujuan memastikan bekalan bakat Stem yang mantap dan disasarkan pada pelajar yang mempunyai asas kukuh dalam matematik serta sains dan mereka yang mempamerkan kecenderungan ke arah pembelajaran gunaan dan antara disiplin.



Seramai 200 pelajar akan dipilih untuk biasiswa ini setiap tahun.



Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, mengumumkan ini semalam di majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) dan Yayasan James Dyson, sebuah badan amal yang dimulakan oleh Encik James Dyson, seorang pencipta Britain.



Semasa ucapan perasmiannya di majlis itu, Encik Chan berkata: "Pendidikan Stem memainkan peranan penting dalam kurikulum sekolah kita, bukan sahaja untuk membangunkan tenaga kerja Stem yang diperlukan untuk ekonomi, tetapi juga warga yang celik sains yang boleh menerapkan pemahaman mereka ke dalam membuat keputusan hidup."



Menurut MOE dalam satu kenyataan semalam, biasiswa itu akan memberi pelajar lebih banyak peluang memperoleh pengetahuan dan kemahiran dalam Stem dengan lebih mendalam.



Ia juga akan mendedahkan mereka kepada pengalaman kerja dalam sektor industri kejuruteraan dan teknologi dari usia muda.



Ciri utama biasiswa itu ialah bengkel Stem yang dikendalikan oleh Institut Pengajian Tinggi yang akan menyediakan pelajar dengan pembelajaran secara langsung dan melalui pengalaman.



Dalam bengkel ini, pelajar akan mengaplikasikan pengetahuan kejuruteraan dan kemahiran teknologi untuk menyelesaikan cabaran dalam konteks dunia sebenar.



Ia akan membolehkan pelajar untuk menghargai bagaimana Stem boleh membawa impak positif sebenar.



Pelajar juga akan mendapat manfaat daripada sembang "fireside" dan ceramah yang dijalankan oleh pemimpin industri dan pembelajaran perjalanan ke syarikat sepanjang tempoh biasiswa.



Di samping itu, pelajar akan berpeluang untuk memulakan lampiran kerja dan latihan amali dengan agensi sektor awam dan syarikat sektor swasta, untuk lebih memahami laluan untuk meneruskan kerjaya Stem.



MOE akan bekerjasama dengan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) untuk menyediakan lampiran kerja dan peluang dengan syarikat tempatan dan antarabangsa, seperti ST Engineering, Abbott Laboratories dan GlaxoSmithKline.



Biasiswa Program Kejuruteraan dan Teknologi dianugerahkan selama dua tahun dan meliputi elaun tahunan sebanyak $1,000 dan yuran sekolah.



Permohonan bagi biasiswa (untuk warga Singapura sahaja) akan dibuka awal tahun depan kepada pelajar prauniversiti satu. Biasiswa itu diberi kepada pelajar tahun dua dan tiga di Millenia Institute serta pelajar yang mengambil International Baccalaureate atau diploma tinggi NUS dalam dua tahun terakhir mereka.



Butiran lanjut akan disediakan kepada sekolah dan di laman web MOE.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >