Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Biasiswa baru untuk pelajar undang-undang di SUSS

Jan 18, 2018 | 03:52 PM



BIASISWA baru untuk pelajar dengan minat mendalam terhadap undang-undang jenayah dan keluarga telah ditubuhkan hari ini hasil sumbangan $2 juta kepada Sekolah Undang-Undang Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).

Anugerah Biasiswa Irene Tan Liang Kheng, yang tidak mempunyai ikatan bon dan bernilai $50,000, akan diberikan kepada dua pelajar Sekolah Undang-Undang SUSS yang terdaftar dalam program Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dan Doktor Juris (JD) setiap tahun bermula tahun depan.

Akhbar The Straits Times melaporkan, wang itu disumbangkan oleh harta pusaka Irene Tan Liang Kheng.

Mendiang Cik Tan merupakan balu Encik Ong Tiong Tat, kawan rapat mendiang Encik Koh Choon Joo, seorang peguam dan dermawan yang telah mewasiatkan banyak kekayaannya kepada pelbagai institusi. Encik Ong ialah pelaksana harta pusaka Encik Koh.

Biasiswa itu dibuka kepada warga Singapura dengan pendapatan bulanan per kapita bulanan tidak lebih dari $4,300 atau mempunyai bukti kesulitan kewangan lain.

Kriteria kelayakan lain termasuk pencapaian akademik yang baik, penyertaan dalam kerja sosial atau masyarakat dan kemungkinan mengamalkan keluarga atau undang-undang jenayah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >