Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Biasiswa dari Harvard, LBKM sokong minat perjuang hak kanak-kanak

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Rencana
33
0

Biasiswa dari Harvard, LBKM sokong minat perjuang hak kanak-kanak

Dua individu ini meniti perjalanan pengajian tinggi yang berbeza - seorang pelajar kedoktoran di Universiti Harvard dalam bidang kesihatan awam, dan seorang lagi pula baru meraih sarjana dalam bidang pengurusan bidang bukan cari untung daripada Universiti Southern California. Berbekalkan azam yang teguh, mereka berdua menerima biasiswa berprestij untuk menceburi bidang yang diminati. Ikuti kisah Cik Nur Eirliani Abdul Rahman dan Encik Fauzy Ismail.
Sep 25, 2022 | 05:30 AM

SETELAH bertahun memperjuangkan dan membela nasib kanak-kanak yang didera, mantan diplomat Singapura, Cik Eirliani Abdul Rahman, kini giat mengkaji faktor sosial yang menjejas kesihatan dan kebajikan kanak-kanak itu.

Malah, minatnya itu mendorongnya melanjutkan pengajian pada peringkat kedoktoran di Universiti Harvard, Amerika Syarikat.

Tahun lalu, Berita Harian melaporkan bahawa Cik Eirliani merupakan warga Singapura pertama menyertai program Kedoktoran dalam Kesihatan Awam di Sekolah Kesihatan Awam Harvard T.H. Chan.

Sebelum ini, beliau menerima biasiswa Fellowship Prajna daripada sekolah tersebut yang menyokong pengajiannya di bandar Boston itu.

Baru-baru ini, Cik Eirliani, 46 tahun, juga menerima Biasiswa Possiswazah Berprestij Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) bagi menyokong tahun kedua pengajiannya.

Sudah lebih setahun menyertai program kedoktoran itu, Cik Eirliani berkata peluang tersebut merupakan suatu pengalaman yang hebat.

"Program kedoktoran dalam kesihatan awam ini bersifat silang disiplin dan memberi fokus kepada kepimpinan. Setiap kohort kecil: seramai 10 orang yang dipilih daripada pelbagai bidang kesihatan awam dari serata dunia.

"Antara lain, kami diajar tentang pemikiran sistem, pengurusan strategi, perakaunan kewangan, epidemiologi dan biostatistik, serta cara mengumpul bukti saintifik dan menyampaikannya secara berkesan. Kemahiran ini semua penting sedang kita keluar daripada pandemik," ujar Cik Eirliani yang kini masih di Boston.

Pengajian itu juga telah membolehkan Cik Eirliani memanfaatkan pengalaman kerjanya sebelum ini sebagai diplomat di Kementerian Ehwal Luar (MFA), penolong pengarah kanan Majlis Perkhidmatan Masyarakat Kebangsaan (NCSS), serta bersama yayasan kanak-kanak Kailash Satyarthi, seorang penerima Hadiah Keamanan Nobel, untuk menangani isu pemerdagangan dan penderaan kanak-kanak.

Baru-baru ini, Cik Eirliani telah menulis dua rencana dan nota konsep mengenai dasar ehwal luar feminis (FFP) bersama penasihat fakulti, Dr Jesse Bump.

Beliau juga telah diundang untuk menyumbang kepada pembentukan garis pandu bagi FFP itu oleh Pejabat Luar Persekutuan Jerman.

Program kedoktoran yang diikuti Cik Eirliani itu ialah program tiga tahun, dengan dua pertama memberi tumpuan kepada kerja kursus. Tahun depan, beliau akan memulakan projek kedoktoran dan beliau merancang berpindah ke Delhi, India, tahun depan, untuk melihat isu pencegahan pemerdagangan kanak-kanak.

Setelah tamat pengajiannya nanti, beliau merancang menubuhkan pusat penyelidikan akademik yang memberi tumpuan kepada tindakan untuk mengatasi faktor yang meminggirkan kanak-kanak perempuan serta menjejas kesihatan dan membatasi pendidikan mereka.

Pusat itu, yang digelar Girls' Accountability Lab (GAL), akan merakam, mengkaji dan mematah strategi individu dan institusi yang membiarkan jenayah melibatkan kanak-kanak itu, serta memberikan hak bersuara kepada mereka yang mengalami penderaan.

"Saya ingin meningkatkan kesedaran serta menghentikan struktur yang membiarkan pemerdagangan serta penderaan dan serangan seksual terhadap wanita dan kanak-kanak," ujarnya.

Tekadnya memperjuang hak kanak-kanak sebelum ini telah mendorongnya mengasas badan tidak mencari keuntungan Youths, Adult Survivors & Kin In Need (Yakin) di Singapura pada 2015 untuk membantu kanak-kanak yang mengalami penderaan seksual.


TENTANG KURSUS

"Program kedoktoran dalam kesihatan awam ini bersifat silang disiplin dan memberi fokus kepada kepimpinan. Setiap kohort kecil: seramai 10 orang yang dipilih daripada pelbagai bidang kesihatan awam dari serata dunia.
Antara lain, kami diajar tentang pemikiran sistem, pengurusan strategi, perakaunan kewangan, epidemiologi dan biostatistik, serta cara mengumpul bukti saintifik dan menyampaikannya secara berkesan. Kemahiran ini semua penting sedang kita keluar daripada pandemik."

MAHU TINGKAT KESEDARAN

"Saya ingin meningkatkan kesedaran serta menghentikan struktur yang membiarkan pemerdagangan serta penderaan dan serangan seksual terhadap wanita dan kanak-kanak."
- Cik Eirliani Abdul Rahman.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3