Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan - EHWAL MASYARAKAT ISLAM: MEMBINA TENAGA KERJA BERUPAYA

Biasiswa GIC-Mendaki bagi pelajar Melayu ceburi industri kewangan

Mar 11, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH biasiswa sarjana muda baru telah dilancarkan bagi pelajar Melayu Singapura yang berminat menceburi kerjaya dalam industri kewangan.



Biasiswa Perbadanan Pelaburan Pemerintah (GIC) - Yayasan Mendaki itu merangkumi yuran tuisyen bagi kebanyakan program ijazah sarjana muda di Universiti Nasional Singapura (NUS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Universiti Pengurusan Singapura (SMU).



Ini diumumkan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, yang juga timbalan pengerusi Mendaki, di Parlimen semalam semasa perbahasan Belanjawan mengenai ehwal masyarakat Islam.



"GIC akan menawarkan peluang bekerja sambil belajar berstruktur, penggiliran pekerjaan, menjalin rangkaian dan pementoran bagi penerima biasiswa. Mereka juga boleh menjangka kerjaya menarik dan bermakna bersama GIC apabila tamat pengajian," kata Encik Zaqy.



Biasiswa itu usaha terkini Mendaki dalam bekerjasama dengan industri untuk menawarkan batu loncatan bagi belia menceburi industri yang sedang pesat berkembang.



Ia menyusuli beberapa biasiswa lain, seperti Biasiwa Mendaki -MiRXES yang ditubuhkan tahun lalu dalam bidang sains hayat dan bioperubatan serta Biasiwa SIA-Mendaki.



Satu kenyataan bersama yang dikeluarkan GIC dan Mendaki menyatakan pelajar sepenuh masa yang layak dan telah diterima NUS, NTU atau SMU dan akan memulakan pengajian tahun ini boleh memohon biasiswa itu dalam semua disiplin, kecuali perubatan dan pergigian.



Apabila tamat pengajian sebagai pemegang biasiswa GIC, penerima biasiswa itu akan menyertai Program Profesional GIC dengan komitmen kerjaya selama tiga tahun.



Ketua Pegawai Eksekutif GIC, Encik Lim Chow Kiat, berkata: "Kami gembira dapat bekerjasama dengan Yayasan Mendaki berhubung program biasiswa ini kerana kami percaya ia akan menjadi platform bagi GIC memupuk lebih banyak minat dan membangunkan kecekapan dalam industri pengurusan aset."



Pelajar boleh memohon biasiswa ini walaupun akan hanya memulakan pengajian dua tahun kemudian selepas menjalani Perkhidmat Negara (NS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >