Seramai 130 pelajar dari Institut Pendidikan Teknikal (ITE) menerima biasiswa dan tajaan Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA)-Industri Sekitaran Binaan Institut Pendidikan Teknikal di ITE Kolej Timur yang telah disampaikan oleh Menteri Kedua Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, Isnin lalu. Biasiswa tersebut disasarkan kepada pelajar yang mengikuti kursus berkaitan pembinaan dan bertujuan menarik lebih ramai warga Singapura menyertai sektor binaan. Wartawan Berita Harian, FAKHRURADZI ISMAIL (mfismail@sph.com.sg) menemui dua pelajar yang menerima biasiswa ini dan kini akan meneruskan alam pekerjaan bersama syarikat binaan tempatan. Ikuti laporannya.
MENGIKUTI kursus seni bina bukanlah pilihan pertama Cik Siti Nurzawanah Jusni.