Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bicentennial ajak rakyat hargai sejarah, konteks lebih luas bentuk S'pura

PM Lee: 1819 detik mula S'pura moden, berbilang budaya, pandangan terbuka
Jan 29, 2019 | 05:30 AM



SEDANG Singapura merenung kembali sejarah lamanya sempena memperingati Bicentennial Singapura, warga negara ini juga harus memikirkan bagaimana mereka boleh terus maju bersama, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Memberi ucapan semasa majlis pelancaran Bicentennial Singapura di Muzium Tamadun Asia (ACM) semalam, beliau berkata adalah tanggungjawab setiap generasi untuk terus membina Singapura bagi anak-anak dan masa depan.



Ini agar "rakyat Singapura yang belum lagi lahir akan mempunyai Kisah Singapura yang lebih kaya dan lebih luas untuk diceritakan" dalam masa 50 atau 100 tahun mendatang.



Tahun ini, negara ini memperingati 200 tahun Singapura sempena tibanya Sir Thomas Stamford Raffles ke pulau ini pada 1819.



Meskipun Singapura sudah pun mempunyai sejarah ratusan tahun sebelum Raffles tiba di sini, Encik Lee berkata tahun 1819 menandakan permulaan sebuah Singapura yang moden, berpandangan terbuka dan berbilang budaya.



Beliau berkata kedatangan Raffles, yang meyakinkan Sultan Johor untuk membenarkan British East India Company menubuhkan pusat perdagangan di Singapura, merupakan titik perubahan penting dalam sejarah Singapura.



Raffles menjadikan negara ini sebuah pelabuhan bebas, dan tanah jajahan baru itu menjadi makmur dan bilangan penduduknya bertambah dengan pesat, dengan ramai pendatang tiba dari Asia Tenggara, China, India dan lebih jauh.



"Kami menjadi pusat pertemuan dalam rangkaian perdagangan sejagat. Getah, timah dan rempah-ratus bergerak dari Asia Tenggara menerusi entrepot kita ke pasaran dunia sementara barangan perkilangan melalui ke arah yang lain," kata beliau.



Dengan itu, Singapura dapat membina hubungan ekonomi dan keluarga yang rapat dengan negara jiran di rantau, terutamanya semenanjung Melayu, dan penduduk menganggap diri mereka sebagai orang Asia Tenggara dan Malaya.



Sejarah itu, kata Encik Lee, mendorong negara ini menyertai Persekutuan Malaysia pada 1963.



Bagaimanapun, Singapura tidak menyedari ketika itu bahawa ia mempunyai nilai dan pandangan dunia yang berbeza daripada negara jiran dan rakan-rakannya, katanya.



"Dalam tempoh hampir 150 tahun, nilai politik, hubungan antara kaum dan pandangan dunia kita telah menjadi berbeza daripada orang di seberang Tambak.



"Malah, sepanjang zaman penjajahan, Singapura tidak pernah diperintah sebagai sebahagian daripada Malaya. Pulau ini sama ada tanah jajahan berasingan atau sebahagian Negeri-Negeri Selat, termasuk Pulau Pinang dan Melaka, tetapi bukan negeri Melayu yang lain," kata beliau.



Justeru, apabila ditinjau kembali, adalah tidak mengejutkan Singapura dan Malaysia berpisah selepas kurang dua tahun mereka digabungkan, ujar Encik Lee.



Beliau menambah bahawa sejarah sejak 1819 itu juga menjelaskan mengapa Singapura bukan hanya mampu hidup, malah berkembang maju selepas perpisahan dengan Malaysia.



Pendatang awal yang tiba di Singapura dengan harapan meraih pendapatan untuk menyokong keluarga mereka di negara asal pada mulanya tiada niat untuk kekal di sini.



Namun, ramai yang kemudian memutuskan untuk terus bertapak di negara ini.



Mereka juga melalui pelbagai detik mencabar, seperti peperangan, gelombang sentimen nasionalisme, anti-penjajahan dan cabaran menentukan nasib sendiri selepas zaman peperangan, dan ancaman komunis, kata Encik Lee.



Oleh itu, apabila Singapura berpisah dengan Malaysia, generasi perintis tidak lagi asing kepada kesusahan dan cabaran.



"Kita mempunyai kecekalan hati dan azam untuk menunjukkan kepada dunia dan diri kita sendiri bahawa kita bertekad untuk bertahan, untuk menjadi tuan nasib kita sendiri. Dan kita melakukannya," kata beliau.



Encik Lee berkata memperingati Bicentennial Singapura mengajak rakyat menghargai sejarah dan konteks lebih luas yang membentuk dan mewujudkan Singapura hari ini.



Beliau turut menyebut tentang pengorbanan generasi perintis yang membangunkan negara ini dan bagaimana mereka menubuhkan masyarakat masing-masing serta mengatur diri sendiri untuk membantu satu sama lain.



Misalnya, kumpulan etnik seperti persatuan suku Cina dan kumpulan budaya, seperti Angkatan Sasterawan '50 dan Nam Hwa Opera, dibangunkan supaya mereka dapat menyokong satu sama lain dan melestarikan warisan tamadun lama.



Laporan lanjut:



i Light Singapura lebih gah, lebih warna-warni



Inspirasi di sebalik hasil seni kumpulan siswa SUTD



Lihat sejarah negara 'hidup' semula... hanya melalui aplikasi BALIKSG



'Google Doodle' papar pencakar langit bandar Singapura ikonik




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >