Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Bidang pertumbuhan baru industri penerbangan dikenal pasti

S'pura bersiap manfaatkan peluang apabila sektor penerbangan dijangka pulih dalam 5-10 tahun mendatang: Tan See Leng
Jul 28, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH telah mengenal pasti bidang pertumbuhan tertentu dalam industri penerbangan yang diharapkan akan pulih dalam jangka masa lima hingga 10 tahun mendatang dan sedang berusaha memastikan negara itu mendakap peluang tersebut, kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, di Parlimen semalam.



Dr Tan berkata beliau tidak dapat mendedahkan bidang pertumbuhan tersebut buat masa ini, tetapi bidang itu telah dikenal pasti oleh Pasukan Bertindak Bangkit Lebih Kukuh (EST), bersama dengan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) dan pelbagai agensi lain.



Maklumat lebih terperinci akan dikongsi dalam beberapa minggu akan datang, katanya.



Beliau menyatakan demikian sedang ramalan pemulihan terhadap industri penerbangan kekal suram, dengan usaha melonggarkan sekatan sempadan masih lagi belum dapat dilaksanakan akibat wabak Covid-19 yang lebih mudah menular menimbulkan gangguan terhadap rancangan perjalanan.



Dr Tan berkata demikian bagi menjawab soalan Encik Desmond Choo (Tampines GRC) mengenai kemungkinan terdapat pengurangan tenaga kerja dalam sektor penerbangan dan pelancongan.



"Apa yang kami cuba lakukan adalah memastikan bahawa setelah kami bangkit dari krisis wabak ini, kami ingin dapat menambat kemahiran kami dalam bidang (pertumbuhan) tersebut," kata Dr Tan.



"Dengan status hab kami, serta kebolehpercayaan kami dan juga kekuatan tenaga kerja kami, kami berpendapat bahawa ini adalah satu bidang yang mampu kami terus kekalkan."



Buat sementara waktu ini, para pekerja dari industri yang teruk terjejas ini, termasuk mereka yang berada dalam sektor perhotelan, perlu mencari pekerjaan lain dan mempelajari kemahiran baru.



Pelajar yang mengambil kursus berkaitan dengan penerbangan, aeroangkasa dan perhotelan yang tamat pembelajaran mereka baru-baru ini juga menghadapi masa depan yang tidak menentu.



Dr Tan berharap firma yang masih dapat memperluas pengambilan pekerja tempatan akan memanfaatkan Insentif Pertumbuhan Pekerjaan (JGI), di mana mereka boleh menerima sehingga $54,000 bagi setiap pengambilan pekerja, sebelum ia berakhir September ini.



"Saya percaya ini akan meletakkan ramai rakyat dan syarikat kita dalam keadaan yang lebih baik," katanya.



Beliau turut menyatakan institusi pengajian tinggi kini juga sedang memperluas kursus mereka untuk memastikan bahawa pelajar dilengkapi dengan kemahiran untuk pekerjaan di sektor pertumbuhan seperti penjagaan kesihatan, kewangan dan infokom.



Sektor penerbangan telah menerima sekitar $870 juta dalam bentuk Pakej Sokongan OneAviation sejak Februari lalu untuk membantunya mengekalkan kedudukan Singapura sebagai hab penerbangan dan mengekalkan pekerjanya.



Baucar Teroka Semula Singapura (SRV) bernilai $320 juta juga telah diagihkan untuk meningkatkan sektor pelancongan tempatan.




"Apa yang kami cuba lakukan adalah memastikan bahawa setelah kami bangkit dari krisis wabak ini, kami ingin dapat menambat kemahiran kami dalam bidang (pertumbuhan) tersebut... Dengan status hab kami, serta kebolehpercayaan kami dan juga kekuatan tenaga kerja kami, kami berpendapat bahawa ini adalah satu bidang yang mampu kami terus kekalkan."
- Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >