Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden minta Kongres lulus pakej bantuan baru bantu rakyat AS

Dec 24, 2020 | 05:30 AM



WILMINGTON (Delaware): Presiden Amerika Syarikat yang dipilih Encik Joe Biden berkata bahawa beliau akan meminta kepada Kongres bagi satu lagi rang undang-undang bantuan Covid-19 apabila beliau menjawat jawatan itu sepenuhnya, sambil menegaskan bahawa rakyat Amerika mahukan anggota Republikan dan Demokrat untuk bekerjasama sekali lagi selepas pemergian Encik Donald Trump.



Kongres telah meluluskan satu rang undang-undang bantuan ekonomi berjumlah AS$900 bilion ($1.2 trilion) selepas pertikaian berbulan-bulan lamanya.



Tetapi kematian akibat koronavirus semakin meningkat dan ekonomi kekal menjadi risiko selepas setahun mengalami gangguan.



Encik Biden berkata lebih banyak bantuan bagi perniagaan, mereka yang menganggur dan kemudahan jagaan kesihatan diperlukan, dan ia diperlukan dengan pantas.



"Kongres melakukan kerjanya minggu ini. Dan saya akan dan saya perlu bertanya kepada mereka untuk melakukan yang sama sekali lagi tahun depan," kata Encik Biden semasa satu ucapan pra cuti kepada negara sebelum menjawab soalan para wartawan.



"Rang undang-undang ini hanya merupakan langkah pertama, sebagai satu deposit dalam menangani krisis yang kita alami.



"Masih banyak kerja yang perlu dilaksanakan."



Ditanya bagaimana beliau mahu menjadi jambatan bagi perpisahan antara pengikut Republikan dan Demokrat dalam era pasca-Trump, Encik Biden berkata anggota Kongres akan menyambut tawaran kepimpinannya.



"Anda mempunyai pasukan berbeza sekarang. Saya tidak akan menjadikan pihak pembangkang sebagai si penjahat.



"Saya akan berdiri dan memberitahu mereka bahawa inilah yang perlu kita lalui kerana mereka juga tahu.



"Ini merupakan antara hidup dan mati. Oleh kerana itu saya percaya kita akan dapat melaksanakanya."



Encik Biden menukil tentang perlunya lebih banyak sumber bagi pengagihan vaksin, bagi sesi ujian untuk membuka semula sekolah dan bagi menyokong semua daripada anggota pegawai bomba kepada si jururawat.



Sambil bercakap kepada "jutaan keluarga yang terjejas dan tidak mampu membeli makanan, membayar sewa atau duit rumah," beliau berkata mereka semua memerlukan bantuan itu pada tahun hadapan.



"Satu perkara yang saya janji pada anda mengenai corak kepimpinan saya semasa krisis ini: Saya akan memberitahu anda secara jelas. Saya akan memberitahu yang benar kepada anda," tambah Encik Biden lagi.



"Dan ini merupakan perkara sebenarnya. Masa-masa hitam kita dalam perjuangan menentang Covid ini masih lagi tidak diketahui, di masa hadapan dan juga masa silam.



"Kita perlu mempersiap diri untuk memperkukuh tulang belakang kita.



"Kita tidak boleh membuang masa dala mengambil langkah yang diperlukan untuk mengubah krisis ini."



Sementara itu Presiden Donald Trump, semalam menolak pakej rangsangan Covid-19 bernilai AS$900 bilion.



Beliau turut menggelarkan peruntukan itu sebagai 'memalukan' selain menuntut penggubal undang-undang menyalurkan pembayaran bantuan lebih tiga kali ganda kepada rakyat Amerika.



"Ini benar-benar memalukan, saya mohon Kongres meminda rang undang-undang ini dan meningkatkan bantuan AS$600 hingga AS$2,000 atau AS$4,000 kerana ia sangat rendah untuk setiap pasangan.



"Saya juga minta Kongres segera menyingkirkan perbelanjaan membazir dan tidak perlu dari undang-undang ini dan beri saya rang undang-undang lebih sesuai," katanya dalam sidang video yang dimuat naik di Twitter. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >