Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SEMPENA 20 TAHUN SERANGAN PENGGANAS 9/11

Biden seru warga kekalkan perpaduan sebagai kekuatan terbesar

Sep 12, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, menyeru rakyat negara itu mengekalkan perpaduan, dalam sebuah video yang disiarkan sempena ulang tahun ke-20 serangan pengganas 9/11.



"Perpaduan adalah kekuatan terbesar kita. Bagi saya, itulah pelajaran utama daripada peristiwa serangan 9/11," kata Encik Biden menerusi kenyataan video dari Rumah Putih itu.



Beliau dan isterinya, Cik Jill Biden, akan melawat tiga lokasi serangan 11 September 2001: New York, Shanksville di Pennsylvania, dan Pentagon di Arlington, Virginia, untuk memperingati ribuan nyawa yang terkorban dalam tragedi itu 20 tahun lalu.



Namun, Encik Biden, yang menerima banyak kritikan mengenai pengurusannya berhubung penarikan tentera Amerika dari Afghanistan dan usaha memerangi pandemik Covid-19, dijangka tidak membuat sebarang ucapan umum ketika lawatan tersebut.



"Perpaduan tidak bermaksud kita harus mempercayai perkara sama, tetapi kita mesti mempunyai rasa hormat dan kepercayaan antara satu sama lain dan kepada negara ini," kata beliau dalam kenyataan videonya itu.



Pada 11 September 2001, empat pesawat dirampas kumpulan pengganas Al-Qaeda dan dua daripadanya merempuh menara kembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, manakala satu melanggar bangunan Pentagon dekat Washington, DC.



Pesawat keempat terhempas di Pennsylvania setelah gagal mengena sasarannya.



Berikutan serangan itu, Amerika melancarkan Operation Enduring Freedom dan presiden ketika itu, Encik George W. Bush, mengumumkan serangan udara yang menyasarkan Al Qaeda dan kumpulan Taleban di Afghanistan.



Taleban menolak permintaan agar mengekstradisi anggota Al-Qaeda.



Washington akhirnya memutuskan keluar dari Afghanistan dan tentera terakhir Amerika meninggalkan negara itu pada 31 Ogos. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >