Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bil elektrik bulanan dinaikkan

Jun 29, 2018 | 02:42 PM



BIL elektrik bulanan akan dinaikkan mulai Ahad, dengan pemilik flat HDB boleh menjangka kenaikan purata antara $2.05 dengan $7.95.



Mengumumkan kenaikan itu dalam kenyataan media hari ini, pengendali khidmat elektrik SPGroup berkata tarif elektrik bagi tempoh antara 1 Julai dengan 30 September akan dinaikkan pada kadar purata 6.9 peratus, atau 1.50 sen setiap kilowatjam (kWh), berbanding tarif elektrik pada suku sebelumnya.



Bagi pengguna di rumah, tarif elektrik ini akan meningkat antara 22.15 sen dengan 23.65 sen setiap kWH bagi tempoh yang sama.



Menurut SPGroup, secara purata, bil elektrik bulanan bagi keluarga yang tinggal di flat empat bilik HDB akan meningkat $5.61.



Kenaikan tarif elektrik ini selaras dengan kenaikan harga gas asli (natural gas) – yang digunakan untuk menjana kuasa elektrik – berbanding suku sebelumnya. 



Ini adalah suku ketiga berturut-turut di mana tarif elektrik telah ditingkatkan.

Dalam tempoh antara Oktober dengan Disember tahun lalu, tarif elektrik ditetapkan pada harga 20.30 set setiap kWh.



Tarif ini dinaikkan kepada 21.56 sen setiap kWh, sebelum dinaikkn lagi kepada 22.15 sen setiap kWh bagi tempoh antara April dengan Jun.



Dalam kenyataanya, SPGroup berkata ia menyemak tarif elekrik setiap suku tahun, berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) – lembaga berkanun yang bertanggungjawab terhadap bekalan tenaga.



Menurut SPGroup, tarif kali ini telah diluluskan oleh EMA.

Harga gas asli yang diimport di rantau ini ditetapkan berdasar harga minyak kerana tiada ukur tara khas bagi perdagangan gas.



Perubahan tarif elektrik di Singapura selalunya berlaku satu suku tahun selepas harga minyak berubah.



Mei lalu, harga minyak melonjak kepada AS$70 setiap tong bagi minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) – kali pertama ia telah meningkat ke paras itu dalam tempoh lebih tiga tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >