BELANJAWAN 2018: BANDAR KEDIAMAN YANG SELESA, BIJAK DAN HIJAU
Bil elektrik-gas: Rebat tambahan $20 selama 3 tahun bagi keluarga layak
Feb 20, 2018 | 05:30 AM
KELUARGA yang tinggal di flat HDB, jika layak, akan menerima bantuan rebat U-Save tambahan bagi tiga tahun untuk membantu mereka menampung bil elektrik dan gas yang bertambah selepas cukai karbon diperkenalkan.
Setiap keluarga yang layak akan menerima rebat U-Save tambahan $20 setahun, dari 2019 hingga 2021, kata Menteri Kewangan Encik Heng Swee Keat.