Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bil elektrik naik sekitar 10% angkara konflik Ukraine

Apr 01, 2022 | 05:30 AM



KEBANYAKAN isi rumah akan membayar bil elektrik lebih tinggi bagi tiga bulan akan datang, dengan tarif elektrik suku berikut itu meningkat kira-kira 10 peratus sedang perang Russia-Ukraine berterusan.



Tarif elektrik bagi tempoh 1 April hingga 30 Jun ialah 27.94 sen setiap kilowatt-jam (kWh), tidak termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata pengendali grid SP Group semalam.



Ini merupakan kenaikan daripada kadar 25.44 sen setiap kWh sekarang.



SP Group berkata isi rumah yang tinggal di flat HDB empat bilik - yang biasanya menggunakan kira-kira 349kWh elektrik sebulan - boleh menjangka bil elektrik bulanan mereka naik $8.73 secara purata, tidak termasuk GST, iaitu hampir seganda peningkatan pada suku sebelumnya.



Kenaikan suku April hingga Jun itu ialah 9.9 peratus secara purata, atau 2.49 sen setiap kWh, berbanding suku sebelumnya, kata SP Group.



Tarif elektrik meningkat sejak April tahun lalu.



"Peningkatan ini terutamanya disebabkan oleh kos tenaga yang lebih tinggi akibat harga gas dan minyak sedunia lebih tinggi, yang diburukkan oleh konflik di Ukraine," tambahnya.



Dalam satu kenyataan berasingan semalam, City Energy berkata tarif gas bagi isi rumah untuk suku akan datang akan naik hingga 21.66 sen setiap kWh, tidak termasuk GST, berbanding 20.21 sen setiap kWh sekarang.



Sepanjang beberapa bulan kebelakangan, harga elektrik meningkat di seluruh dunia selepas harga gas mencecah paras rekod.



Ini disebabkan pelbagai faktor, termasuk permintaan bagi gas yang tidak dijangka daripada pemulihan pandemik, cuaca buruk dan pengurangan dalam bekalan gas global.



Sementara krisis tenaga sedunia dijangka reda dengan musim sejuk kian berakhir, kebimbangan mengenai kekurangan penghasilan minyak dan gas meningkat sejak Russia menceroboh masuk Ukraine lima minggu lalu.



Russia memiliki 12 peratus bekalan minyak dunia dan 17 peratus bekalan gas asli dunia.



Sebarang gangguan kepada gas dan minyak akan menjejas negara yang bergantung pada import gas seperti Singapura.



Singapura bergantung pada gas yang diimport bagi kira-kira 95 peratus daripada keperluan elektriknya.



Tarif elektrik di Singapura dikira daripada empat komponen.



Kos bahan api, yang mencerminkan kos gas asli yang diimport dan menjejak harga minyak, membentuk kira-kira separuh daripada tarif.



Selebihnya meliputi kos lain yang berkaitan dengan kegiatan seperti penyenggaraan loji kuasa, bacaan meter dan penyaluran elektrik melalui grid.



Tarif elektrik suku ini telah meningkat sejajar dengan kos bahan api, yang telah naik kira-kira 20 peratus berbanding suku pertama tahun ini.



Tarif elektrik terkawal yang ditetapkan oleh SP Group disemak setiap suku tahun dan diluluskan oleh Penguasa Pasaran Tenaga (EMA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >