Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bila Amrin jual pantun di FB... masyarakat sedia beli!

May 14, 2020 | 12:29 PM



SETIAUSAHA Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, hari ini meluangkan masa menjual pantun menerusi catatan di Facebooknya.



Tinjauan Berita Harian di laman beliau melihat jualan pantunnya laku dengan lebih 160 pengguna media sosial setakat ini sedia membeli dan membalas pantun beliau. Malah ada diantara pantun-pantun ini dibalas beliau. 



"Berkongsi dengan anda keindahan pantun, puisi Melayu. Pantun ini adalah tentang keunikan Hari Raya tahun ini. Maaf terjemahan tidak menggambarkan keindahannya," tulis beliau dalam bahasa Inggeris. 



Tulis Encik Amrin:



Rumput dicantas di tanah pamah

Panglima mara dengan pengawal

Walau terbatas beraya di rumah

Kongsikan cara meriahkan Syawal



Saya menjual. Silakan beli.



Berikut BH memaparkan beberapa pilihan pantun yang menjawab pantun tersebut.



Abu Anisa: Kak Kiah pergi ke pasar

Pergi ke pasar membeli cili

Tahun ini Raya yang mudah

Duduk dirumah menjaga diri



Hamzah Osman: Janur dianyam pengikat kasih...

Lepat diikat penuh harapan...

Berpakaian Seragam separuh badan jer pun Ok....

Bila dah Zoom tiada yang perasan



Zuriana Zainal: Desa Permai diberi nama

Penduduk mesra serta ramah

Syawal 2020 lebih sederhana

Unik meriah walau dirumah



Encik Amrin membalas pantun 'Zuriana Zainal':
Terlihat dara di pinggir desa

Menjadi heboh kampung setempat

Pelbagai cara mengisi masa

Kongsikan contoh yang bermanfaat



Shafiee Barahim Tradisi disambung tak akan berakhir

Berzaman bertahun diamal semua

Keluarga sebumbung duduk bertakbir

Berbaju sedondon walau tak ke mana



Isiah Majid Cari cahaya mengukur pedati

Tangan bermaya lambat dipadu

Rai raya syukur di hati

Hubungan maya pengubat rindu



Mohd Yusof Yaakop Yaakop Ribut ribut membawa pukat

Pukat di tebar di selat Melaka

Kueh raya di kongsi jiran sepakat

Mengerat hubongan sesama kita



Encik Amrin membalas pantun 'Mohd Yusof Yaakop Yaakop'

Merah warna bunga kemboja,

Wangi selalu menjadi hairan

Kuih raya menghias meja,

Mana satu jadi kegemaran?



Untuk menikmati jual-beli pantun yang lain, sila ke laman Facebook Encik Amrin. Semoga terhibur!



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >