Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bilahari: Ketidakstabilan politik di M'sia jadikan S'pura sebagai 'momok'

Dec 09, 2018 | 05:30 AM



TIMBULNYA pelbagai isu lama antara Singapura dan Malaysia bukanlah sesuatu yang berlaku secara kebetulan dengan adanya pemerintah yang baru di negara seberang tambak itu, kata diplomat bersara, Encik Bilahari Kausikan.



"Perikatan pemerintah baru secara intrinsiknya tidak stabil dan diterajui seorang lelaki berusia 93 tahun.



"Ketidakstabilan politik di Malaysia pasti menjadikan Singapura digunakan sebagai momok untuk menyatu padukan," kata Encik Bilahari dalam satu catatan di Facebook Rabu lalu.



Oleh itu, bukan menjadi satu kebetulan banyak isu dua hala yang lama seperti isu Perjanjian Air, jambatan bengkok, Ruang Maklumat Penerbangan (FIR) dan sempadan maritim timbul lagi dengan adanya pemerintah baru di Malaysia, kata Encik Bilahari.



Beliau turut mengucapkan sejahtera kepada 'doktor yang baik', tanpa menyebut nama Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana "suasana mungkin lebih teruk tanpanya".



Encik Bilahari merupakan seorang diplomat veteran yang telah bersara awal tahun ini, mengakhiri kerjaya selama 37 tahun dalam Perkhidmatan Luar.



Sebelum bersara, beliau memegang jawatan Duta Kelana sejak tahun 2013 - satu peranan khusus buat bekas duta besar yang diberi projek atau tugas tertentu oleh Kementerian Ehwal Luar (MFA).



Beliau sering digelar sebagai "diplomat tanpa diplomasi" dalam cara beliau menyampaikan hujah dengan tidak berselindung dan tidak beralas.



Dalam catatan Facebook yang berasingan kemudian, Encik Bilahari menarik perhatian kepada dua acara tunjuk perasaan yang awalnya dirancang di Kuala Lumpur hujung minggu ini.



Dua perhimpunan umum itu dirancang diadakan untuk mendukung hak asasi.



"Ia boleh menjadi situasi penuh ketegangan dan boleh menjadi lebih teruk. Ketidaktentuan politik di jiran terdekat kita hampir selalunya berubah menjadi perkauman," ujarnya.



Parti pembangkang Umno dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) merancang perhimpunan kesyukuran pembatalan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) pada hujung minggu ini.



Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dilaporkan akan turut serta dalam perhimpunan tersebut.



Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula dijadual melancarkan perhimpunan pro hak asasi manusia anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada hari sama bantahan Icerd berlaku pada Sabtu.



Perhimpunan Stand Up 4 Human Rights itu akan diadakan sempena Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa yang jatuh pada 10 Disember.



Dr Mahathir dijangka melancarkan program Hari Hak Asasi Manusia 2018 yang dianjurkan Suhakam pagi Sabtu di Petaling Jaya.



Namun, Suhakam mengumumkan Jumaat lalu bahawa ia telah menunda perhimpunan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >