Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bilal Masjid Muhajirin meninggal dunia

Sep 08, 2019 | 03:34 PM



Bilal Masjid Muhajirin, Iskandar Kastari, 92 tahun, meninggal dunia pada Jumaat (6 September).



Allahyarham meninggal dunia sekitar 6.50 petang, dikelilingi keluarga di Hospital Tan Tock Seng (TTSH), di mana beliau telah dirawat selama tiga bulan menyusuli satu kes darah beku dalam otaknya.



Sebelum insiden tersebut, Allahyarham tidak mempunyai sebarang penyakit, malah gemar berjalan-jalan di sekitar Pasar Geylang Serai.



Ketika dihubungi Berita Harian pada Ahad, anak perempuannya yang bongsu, Cik Siti Zarinah Iskandar, 53 tahun, berkata: “Ayah seorang yang sangat pemurah. Beliau gemar membawa kami jalan-jalan bila beliau jumpa tempat yang ada makanan sedap.



“Malah, semasa di kampung dahulu, ayah kerap bawa (penduduk) seluruh kampung jalan-jalan.”



Menurut Cik Zarinah, arwah ayahnya mula berjinak-jinak menjadi bilal ketika di kampung lagi.



Sebelum berpindah ke Bishan, mereka sekeluarga menetap di kampung Lorong Renjong, yang terletak di Lorong Buangkok.



Kata Cik Zarinah: “Ayah seorang yang sihat, suka berjalan-jalan dan tidak suka duduk diam. Beliau selalu berjalan atau menaiki bas ke masjid untuk solat berjemaah pada setiap waktu.”



Mengenang tentang arwah ayahnya, khususnya sewaktu beliau terlantar di hospital, Cik Zarinah berkata: “Sewaktu di hospital, ayah selalu hendak ke masjid, untuk (laungkan) azan maghrib dan isyak. (Ia) tugasnya, beliau selalu berkata.”



Walaupun pergerakan beliau terbatas di hospital, Allahyarham masih terus melaungkan azan di dalam wadnya, setiap kali tiba waktu solat. 



Akibat keadaan beliau, Allahyarham dirawat dalam wad khas bagi pesakit lemah sistem daya tahan badan yang teruk - yang menetapkan hanya satu pesakit dalam bilik.



Tambahan pula, menurut Cik Zarinah, ayahnya akan bangun tidur sekitar 2 atau 3 pagi untuk mendirikan solat tahajud dan membaca Al-Quran.



“Itulah, suara ayah yang membaca Al-Quran masih terngiang-ngiang dalam ingatan,” kongsi Cik Zarinah, sebak.



“Justeru itu, kehilangan ayah adalah satu kehilangan besar bagi keluarga kami,” tambah beliau mengakhiri perbualan.



Allahyarham meninggalkan seorang isteri, 6 orang anak, 14 orang cucu dan 10 orang cicit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >