Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bilangan COE diperbaharui menjunam: Perangkaan LTA

Apr 05, 2021 | 05:30 AM



BILANGAN Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) yang dilanjutkan tempoh pemilikan - telah merosot buat kali pertama dalam sedekad dan ini bermakna akan ada bekalan COE lebih tinggi pada masa depan.



Menurut perangkaan terkini Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), bilangan itu menjunam lebih 50 peratus kepada 20,071 pada 2020.



Ini berbanding jumlah rekod pada 2019, sebanyak 41,777, menurut laporan The Straits Times.



Kejatuhan itu adalah yang pertama selepas kenaikan berterusan semasa sedekad lalu.



Pemantau industri berkata kemerosotan itu bermakna lebih banyak kenderaan akan dibatalkan pendaftaran dan jika lebih banyak kenderaan diskrap, lebih banyak COE baru akan ditawarkan.



Cik Tracy Teo, pengarah pemasaran ejen Hyundai, Komoco, berkata berdasarkan usia kenderaan, bilangan COE yang diperbaharui akan terus merosot dalam masa tiga tahun mendatang.



Pada masa sama bekalan COE akan disokong oleh bilangan COE yang diperbaharui selama lima tahun yang dibuat pada 2016, 2017 dan 2018, kata Cik Teo.



Kereta-kereta ini perlu dibatalkan pendaftarannya kerana pemilik tidak boleh melanjutkan lagi tempoh COE selepas tempoh lima tahun.



"Ada kebaikannya kerana banyak kenderaan sewa privet yang dibeli di antara 2015 dengan 2018 boleh dibatalkan pendaftarannya lebih awal," tambah Cik Teo.



Encik Ron Lim, ketua penjualan dan pemasaran di ejen Nissan, Tan Chong Motor, juga bersetuju bahawa kemerosotan itu berkait dengan pendaftaran baru yang jauh lebih rendah pada 2010.



Menurut beliau, dari segi perangkaan keseluruhan, jumlah COE yang diperbaharui tahun lalu adalah lebih tinggi daripada bila-bila masa sebelum 2016.



"Kadar pengesahan semula kekal pada hampir 59 peratus kenderaan yang dijangka diskrap pada 2020," ujarnya sambil menambah perangkaan itu bagi 2019 adalah 66 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >