Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bilangan gerai bazar Geylang Serai 2024 dijangka berkurang dek kerja naik taraf

WGS kaji langkah hasilkan pakej bidaan dimampui, nilai prestasi bazar 2023
May 27, 2023 | 05:30 AM



BILANGAN gerai bagi acara bazar Hari Raya di Geylang Serai pada 2024 akan berkurangan menyusuli kerja naik taraf yang akan berlangsung di sekitar Geylang Serai dan Joo Chiat Complex, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Semasa ditemui wartawan, Dr Faishal yang juga Penasihat Utama Wisma Geylang Serai (WGS) berkata pengurangan jumlah gerai itu akan memberi pasukan pengurusan bazar untuk menghasilkan pakej bidaan yang dimampui dan mengenal pasti kuasa pasaran pada tahun depan.

“Seperti yang diketahui tahun depan akan ada kerja naik taraf di Tanjong Katong Complex dan berdekatan Joo Chiat Complex serta Pasar Geylang Serai, dan ini sudah pasti akan menjejas bilangan gerai yang boleh disediakan.

“Justeru anda boleh jangkakan bilangan gerai yang lebih rendah.

“Dengan tidak secara langsung ini memberi kami peluang untuk memikirkan bagaimana kami boleh sediakan pakej bidaan yang dimampui.

“WGS menjalankan penilaian posbazar setiap tahun.

“Sedang sewa gerai adalah keputusan perniagaan yang dibuat antara operator dengan pegerai individu, kami tetap akan menilai kemungkinan menyemak kadar yuran agar harganya lebih dimampui pada masa depan, sedang kami mengambil pertimbangan kuasa pasaran juga,” tambahnya.

Di bawah kerja peningkatan itu kawasan sekitar Pasar Geylang Serai dan Joo Chiat Complex bakal mendapat suntikan nafas baru, sebagai sebahagian daripada usaha merancakkan lagi suasana jalur budaya di Geylang Serai.

Kerja naik taraf bagi kawasan tersebut akan bermula dari suku kedua 2023 hingga suku kedua 2024.

Menurut Dr Faishal sejumlah 700 gerai telah membarisi kawasan bazar Geylang Serai selama 36 hari adalah yang paling banyak dalam sejarah bazar tersebut.

Ini berbanding 70 gerai tahun lalu – akibat sekatan Covid-19 – dan sekitar 500 gerai pada 2019, katanya lagi.

Selain itu dianggarkan sekitar 5.56 juta pelawat telah mengunjungi Bazar Raya Geylang Serai 2023. Angka tersebut seganda lebih tinggi berbanding sekitar dua juta lebih pengunjung ke bazar tersebut pada 2019.

Bazar yang baru lalu dimulakan lebih awal pada 17 Mac dan berlangsung selama 36 hari.

Edisi bazar itu bermula dari Pasar Geylang Serai hingga ke Tanjong Katong Complex (TKC), termasuk Haig Road dan Joo Chiat Complex.

Dibahagikan kepada dua kawasan utama, ia menawarkan 700 gerai, termasuk 150 yang menjual makanan dan minuman.

Secara keseluruhannya sebanyak 694 gerai daripada 700 gerai atau 99 peratus yang ditawar telah disewa.

“Menyusuli kerja-kerja naik taraf itu, maka mungkin bazar tahun depan hanya merangkumi satu kawasan utama sahaja,” tambahnya.

Berdasarkan lawatannya ke bazar tersebut sepanjang Ramadan lalu, Dr Faishal berkata ramai yang berasa gembira dengan pengalaman dan suasana bazar tahun ini yang jauh lebih gah berbanding 2022.

Menurutnya WGS telah mendapatkan khidmat sebuah firma keselamatan untuk membantu memastikan operator bazar dan pegerai mematuhi peraturan pihak berkuasa.

Sebagai tambahan, firma keselamatan itu juga ditugaskan melaporkan jumlah pelawat yang hadir di bazar tersebut.

“Pemantauan jumlah pelawat ini dilakukan setiap hari di bazar di mana jumlah trafik orang ramai di pelbagai pintu masuk dan keluar bazar direkod setiap jam.

“Ini kemudian akan disalur kepada pusat komand yang akan mengumpul dan melapor angka pada akhir hari kepada WGS,” katanya sambil mengakui bahawa sukar mengaitkan jumlah pelawat dengan kadar jualan yang lebih tinggi.

Faishal pantau isu sewa bazar Raya Geylang Serai, kaji faktor jejas peniaga

Laporan lanjut – Muka 7




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >