Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bilangan jalan berlubang tambah seganda selepas hujan lebat: LTA

Jan 15, 2021 | 06:51 PM



JALAN berlubang kian kelihatan merata Singapura selepas hujan lebat turun sejak beberapa minggu lalu, menimbulkan keprihatinan buat pemandu kereta dan penunggang motosikal.



Menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Jumaat (15 Januari) berkata, bilangan jalan berlubang yang dikesan pada Januari sejauh ini bertambah seganda daripada bilangan purata jalan berlubang yang dikenal pasti pada 2020, iaitu dari 700 jalan berlubang kepada 1,400 jalan berlubang.



Setiausaha Parlimen Kanan (Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng, pula mengulas:



“Hujan tahun ini lebih lebat daripada yang diramalkan. Kita melihat bilangan jalan berlubang lebih banyak kini daripada biasa."



Kerana hujan berlarutan, lebih banyak air hujan menyerap masuk ke dalam rekahan hamparan jalanan.



Pergerakan kenderaan yang berterusan juga menyebabkan air menyelinap masuk ke dalam rekahan menyebabkan ia semakin besar dan seterusnya timbul lubang pada jalanan.



Encik Baey menambah LTA “meninjau jalanan yang terjejas dan berusaha memperbaikinya secepat mungkin” tetapi terhalang kerana akses kontraktor yang terbatas kerana pandemik Covid-19.



Melihat pada saiz rangkaian jalanan, Encik Baey menggesa pengguna jalanan agar sentiasa berjaga-jaga dan memberitahu pihak berkuasa seandainya mereka melintasi jalan berlubang - dengan menggunakan aplikasi OneService atau MyTransport. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >