Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bilangan jemaah di empat masjid digandakan bagi solat Jumaat

Aug 03, 2020 | 05:12 PM



MULAI minggu ini sebanyak empat masjid di Singapura kini diizin menambah slot bagi solat Jumaat kepada 100 jemaah, berbanding 50 sebelum ini, umum pemerintah hari ini (3 Ogos). 



Masjid tersebut adalah Masjid Assyafaah, Masjid Mujahidin, Masjid Al-Istighfar dan Masjid Al-Iman. 



Dalam satu kenyataannya, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) berkata masjid ini merupakan antara 12 kumpulan dan organisasi agama setempat yang telah dipilih dan dibenarkan menampung sehingga 100 orang dalam satu masa untuk khidmat jemaah dan ibadah lain. 



Kementerian itu berkata bahawa tempat ini telah dipilih selepas didapati berupaya menjalankan ibadah jemaah dan ibadah lain dengan selamat yang terhad kepada 50 orang di bawah garis panduan fasa kedua yang dilaksanakan untuk menangani penularan koronavirus.



Langkah terbaru ini juga akan menyaksikan beberapa langkah keselamatan baru yang perlu diterapkan, antaranya penggunaan dua zon berasingan yang mampu menampung 50 orang pada setiap masa untuk ibadah jemaah dan ibadah lain di sembilan daripada 12 kumpulan dan organisasi agama ini. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >