Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bilangan kebun, ladang di SG bertambah

Nilai pengeluaran tempatan barangan makanan naik 13% daripada $163.4j kepada $185.2j dari 2020 ke 2021: SFA
Apr 09, 2022 | 05:30 AM



BILANGAN kebun dan ladang tempatan naik hampir 18 peratus daripada 221 pada 2019 kepada 260 tahun lalu, kata Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam satu kenyataan semalam bagi mengumumkan pelancaran Statistik Makanan Singapura (SgFS) pertamanya yang meliputi data dari 2019 hingga tahun lalu.



Mengongsi sorotan utama dalam laporan itu, SFA berkata sektor pertanian makanan tempatan kebanyakannya terdiri daripada ladang dan kebun yang menghasilkan telur ayam, sayur-sayuran dan makanan laut yang masing-masing menyumbang 30 peratus, 4 peratus dan 8 peratus kepada jumlah pengambilan makanan Singapura tahun lalu.



Jumlah nilai pengeluaran tempatan barangan makanan naik 13 peratus daripada $163.4 juta kepada $185.2 juta dari 2020 ke 2021.



"Memandangkan kebergantungan Singapura kepada makanan import, ladang dan kebun tempatan memainkan peranan penting dalam keselamatan makanan negara. Pengeluaran tempatan berfungsi sebagai penampan dengan mengurangkan pergantungan kepada import semasa gangguan bekalan," kata agensi makanan itu.



"SFA komited kepada matlamat '30 hingga 30' bagi membina keupayaan dan kapasiti kami untuk menghasilkan 30 peratus keperluan pemakanan negara secara mampan dan secara tempatan menjelang 2030," tambahnya.



SFA berkata ini dilakukan melalui pelbagai cara seperti sokongan pembiayaan bersama, memudahkan pelaburan jangka panjang untuk meningkatkan pengeluaran dan menggalakkan permintaan untuk hasil tempatan.



Sementara itu, dengan lebih 90 peratus makanan Singapura diimport, strategi utama untuk meningkatkan keselamatan makanan ialah untuk mempelbagaikan sumber import, kata SFA.



Ia berkata, Singapura buat masa ini mengimport sumber makanannya dari lebih 170 negara dan wilayah dan ini telah mengukuhkan daya tahan sumber makanan negara, terutamanya dalam menghadapi gangguan bekalan global dan perubahan iklim.



Agensi itu juga berkata ia mempunyai rejim kawal selia yang mengambil pendekatan pengurusan risiko berasaskan sains dan mempertimbangkan tanggungjawab bersama dalam jaminan keselamatan makanan.



Menurutnya lagi, Singapura mempunyai kurang 26 kes penyakit bawaan makanan yang berkaitan dengan wabak bawaan makanan bagi setiap 100,000 penduduk setahun dalam tempoh tiga tahun kebelakangan.



"Singapura menghadapi kekangan ruang dan sumber serta terdedah kepada trend global yang memberi kesan kepada bekalan dan keselamatan makanan," kata SFA.



"Ini termasuk kerumitan sistem makanan yang semakin meningkat, perubahan iklim, pembandaran dan evolusi produk makanan dan model perniagaan baru.



"SFA sentiasa menyemak rancangan untuk memastikan dan menjamin bekalan makanan yang selamat untuk Singapura," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >