Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BANCI PENDUDUK 2020

Bilangan kelahiran anak berkurang berbanding sedekad lalu

Trend ini dilihat bagi kesemua kumpulan etnik dan peringkat pendidikan; lebih ramai warga muda S'pura pilih untuk tidak berkahwin
Jun 17, 2021 | 05:30 AM



WANITA mempunyai bilangan anak yang berkurangan berbanding sedekad lalu, dengan mereka dalam kalangan usia antara 40 dengan 49 tahun dan memiliki tiga anak merosot daripada 22.3 peratus pada 2010 kepada 15.5 peratus pada 2020.



Bilangannya bagi mereka yang mempunyai empat anak atau lebih pula berkurangan daripada 7.3 peratus kepada 5.1 peratus bagi tempoh yang sama.



Wanita yang mempunyai dua anak terus merangkumi kumpulan terbesar manakala mereka yang mempunyai anak tunggal meningkat daripada 19 peratus kepada 24 peratus.



Dalam pada itu, wanita dalam kumpulan usia ini yang tidak pernah melahirkan, meningkat dari 9.3 peratus kepada 13.5 peratus pada 2020.



Ini merupakan dapatan tinjauan Banci Penduduk 2020 yang dikeluarkan Jabatan Statistik Singapura, semalam.



Bilangan bayi yang dilahirkan secara purata merosot daripada 2.02 setiap wanita pada 2010 kepada 1.76 pada 2020.



Kemerosotan itu berlaku bagi kesemua kumpulan etnik dan peringkat pendidikan.



Penduduk Melayu mempunyai purata tertinggi dengan 2.43 anak setiap wanita.



Ini bagaimanapun kemerosotan daripada 2.73 pada 2010.



Terdapat kemerosotan juga dalam bilangan bayi yang dilahirkan secara purata bagi kaum Cina dengan 1.65 anak setiap wanita dan 1.86 anak setiap wanita bagi kaum India.



Antara sebab yang telah dikongsi selama ini termasuk pasangan yang berkahwin pada usia lebih lewat dan mempunyai bilangan anak yang berkurangan kepada beban kewangan dan tekanan pendidikan membesarkan anak.



Siswazah universiti berusia 40 hingga 49 tahun pula mempunyai secara purata 1.66 anak pada 2020, lebih rendah berbanding 1.94 secara purata dalam kalangan mereka yang mempunyai kelayakan pendidikan menengah.



Selain itu, bilangan warga Singapura yang berkahwin dan mempunyai anak kian berkurangan berbanding 10 tahun lalu, dengan lebih ramai warga muda Singapura memilih untuk tidak berkahwin.



Bilangan penduduk yang berkahwin merosot sedikit kepada 58.8 peratus pada 2020 daripada 59.4 peratus pada 2010.



Mereka yang sama ada bercerai atau berpisah meningkat daripada 3.3 peratus pada 2010 kepada 4.3 peratus pada 2020.



Meskipun bilangan mereka yang tidak berkahwin meningkat bagi semua kumpulan usia, kenaikan itu lebih ketara dalam kalangan mereka yang berusia 25 dengan 34 tahun.



Antara 2010 dengan 2020, bilangan mereka yang tidak berkahwin dalam kalangan penduduk berusia 25 dengan 29 tahun meningkat 74.6 peratus kepada 81.6 peratus bagi kaum lelaki, dan daripada 54 peratus kepada 69 peratus bagi kaum wanita.



Warga Cina mempunyai bilangan mereka yang tidak berkahwin dengan 17.4 peratus bagi kaum lelaki Cina dan 18.6 peratus bagi kaum wanita Cina, bagi mereka yang dalam kalangan usia 40 hingga 49 tahun.



Ini lebih tinggi daripada kaum Melayu dengan 15.0 dan 9.2 peratus masing-masing bagi kaum lelaki dan wanita dan India dengan 6.2 dan 6.3 peratus masing-masing bagi kaum lelaki dan wanita.



Banci yang dijalankan sekali setiap 10 tahun itu meninjau 150,000 isi rumah pada tahun 2020.



Ia memberi tumpuan terhadap bilangan penduduk di sini yang merangkumi warga dan penduduk tetap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >