Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bilangan kes Covid-19 dalam masyarakat kekal tinggi

Jul 22, 2021 | 05:30 AM



BILANGAN kes Covid-19 baru dalam masyarakat kekal tinggi semalam, merangkumi 179 daripada 181 kes baru.



Kementerian Kesihatan (MOH) berkata 130 kes dalam masyarakat berkaitan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong (JFP) dan lapan daripada kelompok KTV.



Ini adalah setelah rekod 182 kes dalam masyarakat yang dilaporkan kelmarin.



Dalam kenyataannya semalam, MOH berkata 80 daripada 179 kes dalam masyarakat itu dikaitkan dengan kes lalu dan telah dikenakan kuarantin.



Lagi 69 kes pula dikaitkan dengan kes lalu dan dikesan menerusi pengawasannya.



Sebanyak 30 kes tidak berhubung kait.



Dalam kalangan ini, empat kes melibatkan warga emas berusia lebih 70 tahun yang belum divaksin dan mereka menanggung risiko penyakit serius, kata MOH.



Tambahan 130 kes di JFP semalam menambah kes dalam kelompok itu kepada 451 kes. Sebanyak 215 kes kini dikaitkan dengan kelompok di KTV.



Bersama dua kes import semalam, secara keseluruhan, terdapat 63,621 kes Covid-19 di Singapura pada masa ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >