Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bilangan kes Covid-19 di pusat tukaran bas kian bertambah

Sep 02, 2021 | 05:30 AM



TERDAPAT 26 kes baru dalam kelompok Covid-19 di lapan pusat tukaran bas kelmarin, menjadikan jumlah keseluruhan dalam kelompok ini 276 kes.



Kelompok Bugis Junction mempunyai 11 kes baru, menjadikan jumlah keseluruhan 222, kata Kementerian Kesihatan (MOH) malam kelmarin.



Terdapat juga 79 kes yang tiada kaitan, jumlah tertinggi dicatatkan dalam sehari setakat ini.



Secara keseluruhan, terdapat 156 kes baru yang menular secara tempatan pada Selasa dan lima kes yang diimport.



MOH berkata sehingga kelmarin, terdapat 70 kelompok aktif, masing-masing antara tiga dengan 1,151 jangkitan.



Jumlah kes baru dalam masyarakat meningkat daripada 290 kes pada minggu sebelumnya kepada 771 minggu lalu.



Jumlah kes yang tidak berkaitan pula meningkat daripada 105 menjadi 198 kes dalam tempoh yang sama.



Pada masa ini, 463 pesakit dimasukkan ke hospital.



Terdapat 19 orang yang memerlukan suplemen oksigen, dan lima orang berada dalam keadaan genting di unit rawatan rapi.



Lapan daripada 19 pesakit diberi vaksin sepenuhnya.



Daripada mereka yang jatuh sakit, seramai 15 warga emas berusia di atas 60 tahun.



Daripada jumlah itu, lapan tidak divaksin atau hanya menerima sebahagian daripada dos vaksin.



MOH menambah bahawa dalam 28 hari terakhir, 8.3 peratus daripada mereka yang tidak divaksinasi sakit parah atau meninggal dunia, sementara bilangan mereka yang diberi vaksin sepenuhnya dalam kategori ini ialah 1.2 peratus.



Sehingga Selasa, sejumlah 8,708,760 dos vaksin Covid-19 telah diberikan di bawah program vaksinasi nasional, meliputi 4,511,747 individu, dengan 4,319,031 orang telah menyelesaikan rejimen vaksinasi sepenuhnya.



Selain itu, 167,242 dos vaksin lain yang dalam Senarai Penggunaan Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah diberikan, meliputi 85,688 individu.



Secara keseluruhan, 80 peratus penduduk Singapura telah menerima dua dos vaksin, dan 83 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >