Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bilangan kes denggi boleh meningkat tahun ini: NEA

Jan 20, 2017 | 08:38 AM



BILANGAN kes denggi yang kini agak rendah boleh meningkat pada bulan-bulan akan datang.



Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) memberi amaran Khamis (19 Jan) bahawa ia boleh memuncak pada pertengahan tahun.



Jangkaan NEA adalah berdasarkan data sistem pengawasan Gravitrap, yang mengesan lebih 60 peratus nyamuk Aedes aegypti bulan lalu berbanding Oktober lalu.



"Jika dibiarkan, bilangan nyamuk Aedes aegypti boleh meningkatkan kes denggi pada 2017," kata NEA dalam satu kenyataan.



Satu lagi faktor yang boleh meningkatkan kes ialah kepelbagaian denggi yang berlaku. DENV-2 adalah jenis denggi dominan tahun lalu. Sesiapa yang dijangkiti jenis itu kini imun, tetapi jenis utama tahun ini belum jelas.



"Berdasarkan sejarah, perubahan utama serotype virus denggi biasanya diikuti dengan kenaikan dalam kes denggi," kata NEA.



Agensi itu menggesa orang ramai yang membersihkan rumah sempena Tahun Baru Cina supaya membuang sampah, termasuk barang-barang besar, dengan betul supaya ia secara tidak sengaja menjadi tempat pembiakan nyamuk.



Ia meminta penduduk mengelakkan pembiakan nyamuk dengan menukar air dalam pasu dan menterbalikkan semua bekas simpanan air yang tidak digunakan.



Mereka yang mahu bercuti juga diminta membubuh racun serangga di talang bumbung dan memastikan air tidak bertakung menjadi tempat pembiakan nyamuk.



Sebanyak 13,115 kes denggi telah dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan (MOH) dari 3 Jan hingga 31 Dis tahun lepas.



Lebih 1.2 juta pemeriksaan dijalankan NEA tahun lalu, termasuk 7,400 di tapak binaan.



Pemeriksaan itu bertujuan mencegah bukan sahaja jangkitan denggi malah virus Zika, yang boleh dibawa nyamuk.



NEA mengesan lebih 16,000 habitat pembiakan nyamuk. Kira-kira 3,900 rumah didenda; lebih 60 tindakan mahkamah diambil terhadap kontraktor kerana kesalahan berulang, dan lebih 60 arahan menghentikan kerja telah dikeluarkan di tapak binaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >