Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bilangan kes denggi capai paras tertinggi minggu lalu: NEA

666 kes dicatat, tertinggi sejak 3½ tahun lalu; kelompok terbesar di Woodlands dengan 216 kes sehingga Isnin
Jul 17, 2019 | 05:30 AM



JUMLAH kes denggi dalam tempoh seminggu di Singapura telah mencatat paras tertinggi sejak 3½ tahun lalu, dengan 666 kes dicatat minggu lalu, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).



Menerusi laman webnya kelmarin, NEA berkata angka bagi tempoh antara 7 dengan 13 Julai lalu menyaksikan peningkatan 73 kes berbanding minggu sebelumnya.



Ia turut melebihi jumlah kes tertinggi bagi tempoh seminggu sebelum ini, iaitu 637 kes yang dicatat pada Januari 2016.



Sehingga Ahad lalu, terdapat 7,374 kes denggi sepanjang tahun ini, sekitar lima kali ganda lebih banyak daripada 1,481 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu, lapor The Straits Times.



"Tindakan segera perlu diambil bagi menghapuskan tempat yang berpotensi membiak nyamuk dalam masyarakat," kata NEA.



Di antara 182 kelompok denggi yang terdapat di Singapura, kelompok terbesar ialah di Woodlands Avenue 6, Woodlands Circle, Woodlands Drive 40, Woodlands Drive 60, Woodlands Drive 70 dan Woodlands Drive 72.



Terdapat 216 kes denggi yang dilaporkan di situ sehingga Isnin.



Bagaimanapun, NEA berkata terdapat rentak yang "lebih perlahan" bagi jangkitan virus itu sepanjang tujuh minggu lalu dalam kelompok Woodlands.



Hanya satu kes dilaporkan dalam kelompok tersebut bagi tempoh dua minggu lalu, berbanding dengan 27 kes seminggu semasa jangkitan virus denggi berada di kemuncaknya.



Sementara itu, di bahagian lain di Singapura, kelompok besar dengan kadar jangkitan yang agak cepat dapat dilihat di Pasir Ris, Joo Chiat dan Jurong East, tambah NEA.



Terdapat 48 kawasan berisiko tinggi dengan 10 kes atau lebih, contohnya di Bedok, Choa Chu Kang, Tampines, Chai Chee dan Pasir Ris.



Sejauh ini, 44 orang telah mengalami demam denggi berdarah tahun ini, dan lima menemui maut.



Bagi bulan lebih panas antara Jun dengan Oktober, "usaha bersama peringkat nasional adalah genting bagi mencegah kes denggi daripada terus meningkat," ujar NEA.



"Membasmi sumber tempat pembiakan nyamuk dan menyembur racun serangga bagi mengawal kelompok nyamuk dewasa kekal menjadi kunci mencegah denggi," tambah agensi itu.



Mereka yang dijangkiti virus denggi biasanya akan mengalami demam secara mendadak yang berterusan sehingga tujuh hari.



Ia diiringi sakit kepala yang teruk, sakit sendi dan otot, mual dan muntah serta ruam kulit.



Bagi kes lebih teruk, terdapat pendarahan, seperti di gusi dan hidung serta di bawah kulit, atau darah dalam air kencing dan najis.



NEA menggesa mereka yang dijangkiti denggi untuk melindungi diri mereka daripada gigitan nyamuk dengan menggunakan semburan bagi menghalau nyamuk secara kerap.



Mereka yang rasa kurang sihat perlu mendapatkan rawatan awal, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >