Subuh
5:29
Syuruk
6:51
Zuhur
12:54
Asar
4:17
Maghrib
6:54
Isyak
8:08
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Setempat0

Bilangan kes kematian di jalan raya merosot

Jul 15, 2015 | 04:37 PM

BILANGAN kes kematian di jalan raya dan kesalahan trafik seperti memandu dengan laju dan melanggar isyarat lampu merah telah merosot dengan banyaknya.

Perangkaan Polis Trafik (TP) menunjukkan terdapat 78 kes kematian dalam enam bulan pertama tahun ini.

Namun, bilangan tersebut merupakan satu kemerosotan sebanyak 12.4 peratus, berbanding 89 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Komander TP Sam Tee berkata kes memandu dalam keadaan mabuk juga turun 16 peratus, daripada 1,495 kes kepada 1,258 kes.

"Jalan raya secara umumnya lebih selamat dalam enam bulan pertama tahun ini," kata beliau.

Ini merupakan petanda yang menggalakkan bahawa pengguna jalan raya telah menjalankan tanggungjawab mereka untuk menjadikan jalan raya Singapura selamat untuk semua, ujarnya.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian