Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bilangan pekerjaan pada 2022 lebihi paras prapandemik

Namun, pemberhentian kerja, kadar pengangguran mungkin naik dua suku pertama 2023
Feb 01, 2023 | 05:30 AM



PASARAN pekerja di Singapura bertambah baik pada 2022 berbanding 2021, dengan bilangan pekerjaan melebihi paras pada 2019 dan kadar pengangguran kembali ke paras prapandemik.



Jumlah pekerjaan bertambah sebanyak 231,700 pekerja tahun lalu, melebihi tahap sebelum pandemik sebanyak 3 peratus, menurut perangkaan awal Kementerian Tenaga Manusia (MOM).



Kadar pengangguran tahunan secara keseluruhan adalah lebih rendah mencecah 2.1 peratus tahun lalu, daripada 2.7 peratus pada 2021.



"Pasaran pekerja yang ketat serta pemulihan ekonomi tahun lalu telah mendorong peningkatan berterusan dalam situasi pengangguran hingga mencapai keadaan yang stabil seperti sebelum pandemik," ujar MOM dalam kenyataannya.



Secara keseluruhan, jumlah pekerja yang diberhentikan mencecah 6,450 tahun lalu, lebih rendah daripada 8,020 pada 2021 dan tahap sebelum prapandemik.



Namun, jumlah pemberhentian kerja pula meningkat pada suku keempat tahun lalu hingga mencapai 3,000 pekerja, berbanding antara 800 dengan 1,300 pekerja bagi tiga suku pertama tahun lalu.



Peningkatan tersebut mencerminkan lebih banyak pemberhentian kerja dalam sektor elektronik, teknologi maklumat (IT) dan perdagangan borong.



Sementara itu, MOM berkata pemberhentian kerja dalam sektor lain kekal stabil.



"Meskipun terdapat peningkatan baru-baru ini, jumlah pemberhentian kerja bagi suku keempat tahun lalu kekal dalam bilangan yang serupa bagi setiap suku pada 2019.



"MOM sedang memantau rapat situasi ini di tengah-tengah ramalan ekonomi dunia yang kian lemah," ujarnya.



Mengulas, Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Patrick Tay, berkata:



"Melangkah ke hadapan, pasaran pekerja kekal ketat tetapi terdapat kemungkinan pemberhentian dan kadar pengangguran meningkat dalam dua suku pertama tahun ini disebabkan ketidaktentuan yang berterusan dan penurunan permintaan global yang menjejaskan sektor pembuatan seperti elektronik selain daripada pengukuhan sektor IT.''



Beliau menambah inflasi dijangka kekal tinggi dan kos sara hidup akan kekal sebagai cabaran untuk semua.



"Oleh itu, saya berharap Belanjawan 2023 akan datang akan membantu meringankan beberapa cabaran yang berterusan ini,'' tambah Encik Tay.



Dalam pada itu, jumlah pengambilan kerja keseluruhan Singapura meningkat bagi suku kelima berturut-turut pada suku keempat tahun lalu, dengan kadar pengangguran kekal rendah di bawah tahap sebelum pandemik.



Jumlah pengambilan pekerja, yang tidak termasuk pembantu rumah migran, naik sebanyak 47,400 pekerja pada suku keempat tahun lalu.



"Sementara pertumbuhan kadar pengambilan kerja bukan penduduk masih menyumbang kepada sebahagian besar kenaikan itu, ia kini lebih perlahan berbanding paras tinggi yang dicapai dalam dua suku sebelum ini," ujar MOM sambil menambah, kenaikan kadar pengambilan kerja bukan penduduk pada suku keempat tahun lalu tertumpu pada sektor binaan.



Kadar pengambilan kerja dalam kalangan penduduk juga meningkat pada suku keempat tahun lalu, dengan pengambilan pekerja bagi musim perayaan hujung tahun dalam sektor seperti runcit serta khidmat makanan dan minuman (F&B).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >