BILANGAN pelajar yang memasuki darjah satu madrasah setempat kian meningkat sepanjang lima tahun lalu dengan perangkaan pada 2106 menunjukkan jumlah permohonan bagi kesemua empat madrasah peringkat rendah naik kepada 741 - kenaikan sebanyak 23 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Jumlah ini juga merupakan angka paling tinggi yang dicatatkan sepanjang lima tahun iaitu 402 permohonan pada 2012, diikuti 475 permohonan pada 2013; 456 permohonan pada 2014; dan 706 permohonan pada 2015.