Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bilangan penumpang pengangkutan awam meningkat tahun lalu

Susuli sekatan Covid-19 dilonggar tapi masih kedua terendah sejak 2010
Feb 22, 2022 | 05:30 AM



BILANGAN penumpang pengangkutan awam mencatatkan peningkatan tahun lalu berikutan kelonggaran sekatan peraturan Covid-19, namun kadar tersebut masih kedua terendah sejak 2010.



Perangkaan Penguasa Pengangkutan Awam (LTA) menunjukkan secara purata bilangan perjalanan bas dan rel mencatatkan 5.259 juta penumpang sehari tahun lalu.



Ini merupakan peningkatan 4.3 peratus berbanding 2020, kata LTA semalam.



Bilangan penumpang bas pula mencatatkan peningkatan lebih baik dengan kenaikan 4.5 peratus kepada tiga juta penumpang, manakala jumlah penumpang MRT dan LRT meningkat 4.1 peratus kepada 2.251 juta sehari.



Lebih ramai penumpang dijangka kembali menggunakan pengangkutan awam selaras dengan pembukaan semula ekonomi tahun ini.



Bulan lalu, perjalanan bas dan rel mencatatkan purata 5.785 juta sehari - melonjak 10 peratus berbanding purata tahun lalu.



Namun, pemerhati menjangkakan bahawa pemulihan akan mengambil masa sebelum kembali mencapai bilangan tertinggi penumpang dengan 7.692 juta yang dilihat sebelum pandemik Covid-19 pada 2019.



Perjalanan teksi dan kereta sewa privet juga bertambah baik tahun lalu.



Secara purata, 553,000 perjalanan dilakukan sehari dari satu tempat ke satu tempat yang lain - peningkatan 7.2 peratus berbanding 2020.



Kenderaan sewa privet mencatatkan peningkatan 321,000 perjalanan manakala teksi mencatatkan peningkatan 5.9 peratus kepada 232,000 perjalanan sehari.



Ini merupakan tahun kedua perangkaan penumpang dari satu tempat ke satu tempat yang lain dikeluarkan.



Jumlah keseluruhan perjalanan teksi mencatat sekitar separuh daripada apa yang dicatat ketika ia masih popular, sebelum ketibaan kenderaan sewa privet pada 2013.



Peningkatan bilangan penumpang pengangkutan awam berlaku serentak dengan dua penurunan berturut-turut dalam kepuasan penumpang.



Tinjauan kepuasan pelanggan bagi pengangkutan awam tahunan oleh Majlis Pengangkutan Awam (PTC) menunjukkan 92 peratus penumpang gembira dengan perjalanan bas dan rel tahun lalu - susut daripada 97.6 peratus pada 2020 dan 99.4 peratus pada 2019.



Kadar 92 peratus ini merupakan tahap kepuasan terendah sejak 2015, dengan 91.8 peratus penumpang berkata mereka berpuas hati dengan mutu perkhidmatan pengangkutan awam.



Secara keseluruhan, rel mendapat hasil tinjauan lebih baik daripada bas.



Walaupun PTC berkata penurunan tahap kepuasan mungkin disebabkan situasi Covid-19, hasil tinjauan itu menyusuli gabungan perkhidmatan bas atau dirasionalkan apabila segmen laluan MRT baru dibuka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >