Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:01
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Bilangan pesakit A&E di SGH dan Hospital Sengkang melonjak

May 01, 2021 | 03:44 PM

HOSPITAL Besar Singapura (SGH) dan Hospital Besar Sengkang (SKH) melaporkan bahawa bilangan pesakit di jabatan kemalangan dan kecemasan (A&E) mereka telah melonjak.

SKH juga menyatakan bahawa wadnya kini beroperasi dengan kapasiti penuh.

SGH mengumumkan mengenai kenaikan jumlah pesakit di Facebook pada pagi Jumaat (30 April), sementara SKH menyiarkannya pada pagi Sabtu (1 Mei).

Kedua-dua pos itu menyatakan bahawa keutamaan akan diberikan kepada mereka yang sakit parah, dan masa menunggu bagi pesakit lain dijangka lebih lama.

Tidak dapat dipastikan jika bilangan pesakit yang melonjak itu berkaitan dengan perkembangan di Hospital Tan Tock Seng, yang baru-baru ini mengenakan sekatan ke atas empat wad menyusuli kelompok jangkitan yang timbul di sana, lapor The Straits Times.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3