Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bilangan pesalah dadah diberkas merosot: CNB

Pesalah dadah baru kekal tinggi; mereka yang diberkas di bawah 30 tahun kekal 62%
Feb 04, 2021 | 05:30 AM



SEMENTARA bilangan pesalah dadah yang diberkas merosot sebanyak 15 peratus tahun lalu, namun terdapat beberapa trend yang membimbangkan, kata pengarah Biro Narkotik Pusat (CNB), Encik Ng Ser Song.



Jumlah pesalah dadah baru yang diberkas kekal tinggi sebanyak 38 peratus, manakala jumlah pesalah dadah baru di bawah 30 tahun yang diberkas kekal di paras 62 peratus.



Jumlah dadah yang dirampas juga kekal tinggi tahun lalu, kata pengarah CNB.



Mendedahkan perangkaan dadah tempatan dalam kenyataannya semalam, CNB berkata jumlah pesalah dadah berulang yang diberkas merosot 9 peratus dari 2019-2020, sementara bilangan pesalah dadah baru yang diberkas turun 22 peratus.



Encik Ng berkata, CNB akan terus menyemak semula strategi anti-dadahnya untuk mendahului landskap dadah yang berubah.



CNB telah bekerjasama dengan agensi Home Team untuk menyekat permintaan dan bekalan dadah.



Tahun lalu, CNB bersama Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menjalankan tujuh operasi di seluruh negara menyasarkan pesalah dan pengedar dadah, serta 506 operasi di pusat pemeriksaan untuk mematahkan percubaan menyeludup dadah ke Singapura.



Dalam pada itu, CNB juga menjalankan operasi besar yang melumpuhkan 24 sindiket dadah.



Menurut CNB, sementara terdapat penurunan bilangan keseluruhan pesalah dadah yang diberkas, CNB terus membuat rampasan dadah besar yang dianggarkan mempunyai nilai pasaran sekitar $11.60 juta.



Dari segi jenis dadah pula, tiga dadah yang paling banyak disalahgunakan oleh pesalah dadah baru yang diberkas tahun lalu merupakan methamphetamine, bahan psikoaktif baru (NPS) dan ganja.



Menurut Encik Ng, methamphetamine menjadi dadah paling banyak disalahgunakan di Singapura sejak 2015, dan terdapat tanda bahawa pengedarannya semakin meningkat di Asia Tenggara.



"Keadaan dadah antarabangsa kekal menjadi keprihatinan. Terdapat dorongan kuat oleh pihak yang mempunyai kepentingan diri bagi dasar dadah yang lebih liberal," ujarnya.



Walaupun dengan pandemik Covid-19, terdapat pelbagai usaha dilakukan CNB dalam misinya untuk memastikan Singapura bebas dadah.



Banyak kegiatan pendekatan termasuk pendekatan masyarakat dan ceramah Pendidikan Pencegahan Dadah (PDE) dibawa dalam talian.



Skit PDE secara siaran langsung kepada sekolah-sekolah juga diadakan.



Untuk menangani kesan dadah, Singapura menggunakan pendekatan pencegahan bahaya dan ini telah membantu memastikan keadaan dadah di bawah kawalan, kata Encik Ng.



"Sebab itulah pendekatan kami terus menerima sokongan awam yang kuat, dengan hampir sembilan dalam 10 warga Singapura bersetuju undang-undang dadah kami berkesan.



"CNB, bekerjasama rapat dengan masyarakat, akan teruskan usaha untuk mencegah salah guna dadah, dan memastikan Singapura bebas dadah bagi generasi masa depan," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >