Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KAJIAN PANDANGAN PENGGUNA DAN MEDIA NIELSEN

Bilangan PMEB baca BH meningkat, akhbar dekati pembaca dengan pelbagai cara

Pembaca milenial baca dalam bentuk cetak, e-akhbar juga naik
Nov 14, 2019 | 05:30 AM



JUMLAH profesional, pengurus, eksekutif dan peniaga (PMEB) serta golongan milenial yang membaca Berita Harian (BH) meningkat sedang akhbar itu terus mendekati pembaca dengan pelbagai cara termasuk menerusi ruang digital.



Menurut perangkaan terkini Nielsen yang dikeluarkan semalam, jumlah golongan PMEB yang membaca BH dalam bentuk cetak dan akhbar elektronik (e-akhbar) naik daripada 9 peratus tahun lalu kepada 14 peratus tahun ini.



Sementara itu, golongan milenial yang membaca BH dalam bentuk cetak dan e-akhbar pula naik daripada 18 peratus tahun lalu kepada 21 peratus tahun ini.



Menurut laporan Pandangan Pengguna dan Media (CMV) 2019 itu, tindakan yang diambil pembaca selepas membaca BH juga positif, dengan 73 peratus pembaca PMEB dan 87 peratus pembaca milenial lebih cenderung mempertimbang untuk membeli produk atau mendapatkan khidmat yang diiklankan di akhbar itu.



Golongan milenial khususnya lebih cenderung membeli produk atau mendapat khidmat selain menghadiri acara yang disebut akhbar ini.



Dalam pada itu, pembeli barangan runcit terus membentuk sebahagian besar pembaca BH, atau sekitar 50 peratus pembacanya.



Sementara itu, laporan CMV 2019 turut mendapati bahawa jumlah pembaca Berita Harian/Minggu dalam bentuk cetak dan digital kekal mantap - dengan 3.4 peratus daripada penduduk Singapura yang berusia 15 tahun ke atas, atau sekitar 147,000 orang, membaca akhbar itu setiap hari.



Tahun lalu, 4 peratus penduduk Singapura yang berusia 15 tahun ke atas, atau sekitar 170,000 orang, membaca akhbar ini setiap hari.



Namun, data Google Analytics menunjukkan pertumbuhan positif bagi akhbar Singapore Press Holdings (SPH) rata-ratanya, termasuk BH.



Sebagai contoh, jumlah pembaca yang membaca BH menerusi laman web akhbar ini, iaitu www.BeritaHarian.sg meningkat lebih 65 peratus antara Januari dengan Oktober lalu.



Sementara itu, jumlah pengguna yang membaca BH menerusi aplikasinya turut naik lebih 45 peratus sepanjang tempoh yang sama.



Sementara tinjauan CMV merupakan piawaian yang lazimnya digunakan industri, Ketua Pegawai Komersial, Huraian Media, SPH, Encik Ignatius Low, berkata ia jarang menjadi penentu utama dalam perancangan media sekarang.



"Terdapat jurangnya... dalam bidang seperti pengiklanan di dalam talian dan di luar.



"Lebih penting lagi, perangkaan CMV tidak menunjukkan bahawa tidak setiap pengguna media sama bagi pengiklan.



"SPH merupakan satu-satunya penyedia berita setempat utama dengan pelanggan yang membayar (bagi produknya)... pengguna yang sudah biasa membayar premium bagi mutu dan kebolehpercayaan," ujarnya.



Tambah beliau, kempen iklan yang dikendali menggunakan pelbagai wadah SPH termasuk cetak, dalam talian, radio dan ruang luar turut menghasilkan kesan lebih mendalam kepada pengguna.



Itulah sebabnya nilai yang ditawarkan SPH bagi jumlah yang dibelanjakan pengiklan lebih tinggi berbanding perangkaan CMV, jelas Encik Low.



Laporan CMV 2019 oleh Nielsen yang dikeluarkan semalam melibatkan tinjauan empat mata dengan 4,688 responden antara Julai 2018 dengan Jun lalu.



Menurut laporan itu juga, kegiatan berkaitan media di Internet yang paling banyak dilakukan penduduk Singapura ialah menonton televisyen, filem dan/atau video, dengan 84.3 peratus penduduk melakukan demikian.



Sementara itu, 59.4 peratus penduduk setempat menggunakan Internet untuk membaca berita di dalam talian.



Secara keseluruhan, pengguna Gen Y (berusia 25 hingga 39 tahun) merupakan golongan yang paling banyak membaca berita di dalam talian, atau sekitar 76.8 peratus.



Malah, jumlah pembaca digital bagi beberapa akhbar SPH termasuk BH, The Business Times dan Shin Min Daily News turut meningkat.



Selain itu, jumlah golongan Gen X (berusia 40 hingga 54 tahun) dan Generasi Merdeka (berusia 55 tahun ke atas) yang membaca berita menerusi wadah talian juga meningkat, antara lain disebabkan lebih ramai pembaca golongan itu yang membaca BH, The New Paper dan akhbar Cina di dalam talian.



Sementara itu, jumlah orang ramai yang menonton video di dalam talian turut meningkat.



SPH juga telah mengambil pendekatan menghasilkan dan menyampaikan berita yang sesuai dengan tabiat pembaca menerusi pelbagai wadah.



Sebagai contoh, BH telah melancarkan Tablet Berita Harian baru-baru ini, yang membolehkan pembaca menikmati 'sentuhan' akhbar tradisional namun menerusi alat canggih terkini.



Akhbar ini juga terus mendekati orang ramai dengan cara baru seperti podcast #NoTapis dan Cakap Masjid yang diterbitkannya sejak Mei lalu. Kedua-dua podcast boleh didengar menerusi aplikasi Spotify.



Dalam pada itu, SPH juga akan terus melabur dan mengembangkan portfolio videonya, dengan jumlah pengikutnya di media sosial mencecah enam juta orang dan video yang dihasilkannya ditonton lebih 17 juta kali sebulan secara purata.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >