LEBIH 12,000 sukarelawan menjayakan Cabaran Presiden tahun ini - satu rekod - sejak kempen mengumpul dana itu diperluas merangkumi khidmat sukarela lima tahun lalu.
Malah, jumlah sukarelawan yang menghulurkan bantuan dengan cara berkongsi kemahiran mereka telah meningkat seganda, daripada 211 pada 2015 kepada 403 sukarelawan pada tahun ini, menurut kenyataan Cabaran Presiden.