Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:26
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

'Bilik Kaca' Keat Hong kembali dengan isu kesihatan

Feb 24, 2021 | 05:30 AM

PENDIDIKAN mengenai pelbagai perkara berkaitan kesihatan sangat penting kerana penduduk Singapura kian menua dan menanggung kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.

Oleh itu, Bilik Kaca kembali dalam talian di Facebook bagi membincangkan masalah, kesukaran dan perspektif penduduk Keat Hong mengenai kesihatan.

Ini termasuk membicarakan kesihatan mental dan kesihatan lelaki dalam episod akan datang.

Walaupun dimulai bagi menjangkau penduduk dalam pandemik Covid-19 ini, penasihat akar umbi GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, berkata platform itu kini menjadi ruang alternatif bagi penduduk muda dan tua mendapatkan pendidikan dan hiburan.

"Kami berharap ramai individu dapat mengetahui lebih lanjut tentang isu-isu penting yang berlainan, seperti kesihatan.

Berita Popular

"Melalui program seperti ini, MAEC (Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu) Keat Hong berharap penduduk dapat akan mengambil langkah pencegahan berkaitan kesihatan mereka.

"Ramai penduduk tidak menyedari implikasi rawatan lambat apabila mereka tidak sihat. Ini boleh berlaku bagi pelbagai penyakit," kata Encik Zhulkarnain, sambil menekankan peri penting penduduk mengetahui faedah mendapatkan bantuan lebih awal apabila mereka mengalami sesuatu yang di luar kebiasaan.

Dilancarkan bulan ini, Bilik Kaca akan membincangkan kesihatan mental dan kesihatan kaum Adam masing-masing dalam episod keempat dan kelima.

Menyertai perbualan kesihatan mental ialah presiden Kelab Heal, Dr Radiah Salim, manakalah tetamu perbincangan mengenai kesihatan kaum Adam ialah Dr Muhammad Taufiq Rashid daripada DTAP Clinic serta Encik Zhulkarnain, yang juga Anggota Parlimen GRC Choa Chu Kang.

Naib pengerusi MAEC itu, Encik Imran Ahmad, berkata respons baik daripada masyarakat mendorong pasukannya terus mengeluarkan kandungan menarik bagi penduduk.

Tontonan tertinggi bagi episod Bilik Kaca ialah lebih 4,000 tontonan.

"Rancangan dalam talian ini kami mulakan hanya tahun lalu, tetapi tidak sangka ia mendapat respons sebaik ini.

"Pada masa akan datang, penduduk ramai dapat menjangka topik perbualan lebih viral dan isu dekat di hati mereka. Isu yang dibincangkan relevan bukan pada masyarakat Melayu sahaja, malah kaum lain," ujar Encik Imran.

Pada masa depan, beliau berharap dapat menganjurkan sesi Bilik Kaca secara live agar dapat mengadakan perbincangan secara langsung bersama penduduk di kawasan Keat Hong.

Episod seterusnya Bilik Kaca, iaitu keempat, akan disiarkan di laman Facebook dan Youtube pada 28 Februari.


"Melalui program seperti ini, MAEC (Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu) Keat Hong berharap penduduk dapat akan mengambil langkah pencegahan berkaitan kesihatan mereka. Ramai penduduk tidak menyedari implikasi rawatan lambat apabila mereka tidak sihat. Ini boleh berlaku bagi pelbagai penyakit."
- Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, AP dan penasihat akar umbi GRC Chua Chu Kang.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map