Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

'Bilik Kaca' kembali bincang keprihatinan penduduk Keat Hong

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

'Bilik Kaca' kembali bincang keprihatinan penduduk Keat Hong

Feb 07, 2021 | 05:30 AM

RANCANGAN dalam talian menerusi Facebook, Bilik Kaca@Keat Hong, kembali lagi untuk membincangkan masalah dan keprihatinan penduduk di Keat Hong.

Tahun ini rancangan tersebut terus membincangkan topik-topik menarik, relevan dan tular untuk dibincangkan dengan tetamu-tetamu istimewa.

Ini termasuk topik-topik seperti kesihatan serta golongan belia.

Dilancarkan bulan ini, antara episod 'Bilik Kaca' - yang rakamannya dibuka kepada media semalam - akan membincangkan mengenani kesihatan kaum Adam.

Menyertai perbualan tersebut adalah Dr Muhammad Taufiq Rashid yang bertugas di DTAP Clinic dan Anggota Parlimen GRC Choa Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.

Mengulas mengenai rancangan dalam talian ini, Encik Zhulkarnain berharap rancangan informatif ini dapat mendorong ramai terus mempelajari mengenai isu-isu yang menjadi keprihatinan ramai.

"Bilik Kaca@Keat Hong ini merupakan rancangan yang informatif untuk semua golongan.

"Dalam episod ini, kita boleh belajar cara menguruskan kesejahteraan mental dan menangani salah tanggapan mengenai isu-isu semasa selain lebih prihatin akan kesihatan kita," kata Encik Zhulkarnain, semasa rakaman rancangan itu semalam.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3