SATU rancangan untuk membina sebuah kuil yang menempatkan ruang bagi menyimpan abu mayat di Fernvale Link telah menimbulkan keresahan di kalangan penduduk yang bakal menetap di sebuah kawasan perumahan yang sedang dibina di situ.
Sebahagian mereka mendakwa mereka tidak sedar tapak perumahan mereka bakal mempunyai kuil sedemikan. Ada pula yang bimbang nilai jualan semula flat mereka bakal terjejas sekiranya kuil berserta tempat menyimpan abu mayat itu dibina dekat blok mereka.