Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAIK, BURUK... ALAT MOBILITI PERIBADI: CONTOH PENGGUNA PMD 1

Bimbang peratuan baru boleh jejas periuk nasi

Aug 27, 2019 | 05:30 AM



SEJAK ia diumumkan bahawa tarikh akhir mendapatkan pensijilan UL2272 bagi alat mobiliti peribadi (PMD) akan dipercepatkan ke 1 Julai 2020, Encik Mohammad Hazri Hasni mula rasa bimbang.



Sebagai seorang pekerja penghantaran makanan sepenuh masa yang menggunakan e-skuter, beliau berkata peraturan itu boleh menjejas mata pencarian.



Menjelaskan lanjut, beliau berkata bateri e-skuter di bawah piawaian UL2272 itu mungkin tidak boleh tahan lama seperti e-skuter yang digunakannya sekarang.



Ini amat penting, memandangkan pekerja penghantaran makanan seperti dirinya perlu melakukan puluhan perjalanan dalam sehari.



"Bagi saya, ini satu isu besar kerana saya seorang lelaki yang berbadan besar. Jika saya beli e-skuter bersaiz kecil berdasarkan peraturan itu, saya tidak boleh lakukan banyak penghantaran," kata beliau, yang bekerja untuk Grab dan Deliveroo.



"Berapa lama bateri boleh bertahan bergantung pada bagaimana individu gunakan e-skuter itu dan berapa berat penggunanya. Kalau saya gunakan e-skuter dengan piawaian UL2272, kemungkinan saya boleh lakukan tiga hingga empat penghantaran sebelum perlu pulang ke rumah untuk cas. Dengan PMD yang saya gunakan sekarang, saya boleh buat 15, 16 penghantaran sebelum pulang untuk cas bateri," tambahnya.



Piawaian UL2272 meningkatkan keselamatan dari berlakunya kebakaran dengan memastikan alat lulus ujian dikendalikan pusat ujian bertauliah di bawah keadaan fizikal yang ekstrem.



Sejak 1 Julai lalu, semua penjual tidak dibenarkan menjual alat mobiliti peribadi (PMD) bermotor yang tidak bersijiil UL2272.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata ia bakal membawa ke hadapan tarikh akhir yang akan melarang PMD tanpa pensijilan dari laluan pejalan kaki kepada 1 Julai 2020 ekoran beberapa kejadian kebakaran PMD baru-baru ini.



Sebelum ini, PMD tanpa sijil UL2272 yang telah mendaftar bersama LTA sebelum 1 Julai lalu, dibenarkan di laluan pejalan kaki sehingga 31 Disember 2020.



Encik Hazri berharap LTA boleh mengecualikan mereka yang menggunakan e-skuter untuk bekerja, seperti pekerja penghantaran makanan, daripada peraturan itu.



"Kita perlu gunakan PMD setiap hari untuk pekerjaan. Ini mata pencarian kita dan kita bekerja untuk keluarga kita," kata beliau.



Encik Hazri juga berharap pandangan orang ramai terhadap pengguna PMD, terutamanya mereka yang menggunakan PMD untuk bekerja, dapat diubah.



"Apabila mereka sebut tentang PMD, biasanya orang kaitkan dengan penunggang yang tidak menghiraukan keselamatan atau PMD terbakar dalam rumah seperti kita lihat di media sosial. Bagi pekerja seperti kita, kita ikut peraturan dan menunggang dengan selamat di laluan kerana kita tidak mahu cari masalah semasa bekerja.



"Ada juga orang awam yang adu kepada syarikat kami dan menyuruh kami tunggang di jalan raya tetapi ini tidak dibenarkan oleh LTA.



"Namun, ada juga orang awam yang memberi kata-kata dorongan dan ia membuat hari kami lebih baik. Mereka menyokong kami kerana mereka faham kami perlu menunggang PMD untuk bekerja," kata ayah seorang anak perempuan itu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >