Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bimbingan kerjaya 'bila-bila masa' dari karyawan Mendaki

May 25, 2021 | 05:30 AM



PARA pelajar kini boleh terima bimbingan kerjaya tidak rasmi daripada golongan karyawan pada bila-bila masa melalui akaun Instagram Young Mendaki Club (YMC).



Projek Perpustakaan Manusia itu membolehkan para pelajar berinteraksi dengan sekitar 49 golongan karyawan daripada pelbagai bidang seperti Kreatif, Teknologi, Penjagaan Kesihatan dan Perkhidmatan melalui akaun Instagram.



Mereka boleh memilih bidang yang diminati dan seterusnya bertanya tentang bidang itu kepada karyawan yang terlibat, menerusi ruang komen di Instagram.



Ia sebahagian program berbilang tahun ExploreCAREERS yang dianjurkan YMC.



Cik Fadhilah Abdul Rahman Zamawi, Pengarah Program YMC-Explore berkata inisiatif ini membolehkan para pelajar mendapatkan informasi mengenai karyawan yang ditampilkan dengan membaca kisah peribadi mereka dalam format yang berlainan.



"Apa yang hebat tentang menganjurkannya di Instagram ialah sumbernya juga akan tersedia bagi mereka yang berada di luar program melalui hashtag #YMCExploreCAREERS; sehingga menjangkau kepada khalayak yang lebih luas," kata Cik Fadhilah.



Dalam pada itu, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohama, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga pula menekankan peranan penting golongan karyawan membantu masyarakat, dengan menyumbang kembali kepada masyarakat apabila mereka meraih manfaat daripada sistem ini dan melakukannya dengan baik.



"Satu-satunya cara kita berjaya dalam melakukannya adalah ketika rakyat Singapura yang dapat manfaat dari sistem ini dan berjaya, memberi kembali," kata Encik Masagos.



Beliau, yang juga Pengerusi Yayasan Mendaki, bercakap kepada lebih 200 pelajar menengah dari sekolah-sekolah sekular dan madrasah menerusi sidang video baru-baru ini.



Acara dalam talian itu melibatkan para pelajar daripada Sekolah Menengah Tampines, Sekolah Menengah Canberra, Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah dan Al-Ma'arif Al-Islamiah.



Mengingatkan para pelajar untuk melakukan yang sama, Encik Masagos menjelaskan usaha ini dapat membina masyarakat yang penyayang, lebih inklusif dan berdaya tahan.



"Apabila anda berjaya, ingat untuk memberi kembali juga. Ini kerana anda telah berjaya bukan hanya dengan usaha dan kerja keras sendiri, tetapi juga kerana kontrak sosial yang memberi anda peluang untuk melakukannya," jelasnya.



Turut sertai acara dalam talian tersebut adalah Anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio, Cik Nadia Ahmad Samdin.



Cik Nadia berkata: "Golongan belia harus diperkasakan untuk mengetahui bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja dan menjadi siapa sahaja yang mereka mahu, dan acara seperti Perpustakaan Manusia ini benar-benar membantu mereka berfikir dengan melihat kekuatan, tujuan, dan matlamat mereka," kata Cik Nadia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >