Bina keyakinan, tampil nilai Muslim sebenar dalam pergaulan
Usaha rapat jurang persefahaman merupakan usaha kolektif, tetapi Muslim Singapura tetap berperanan penting
Apr 21, 2019 | 05:30 AM
BEBERAPA kenalan saya melahirkan rasa kurang senang selepas membaca satu laporan tentang agama di sini baru-baru ini.
Kajian oleh Institut Kajian Dasar (IPS) itu mendapati ramai warga Singapura selesa tinggal berhampiran individu berlainan agama, tetapi sekitar 15 peratus mendapati orang Islam sebagai mengancam.