SERI DIALOG ANTARA AGAMA
Bina masyarakat inklusif, kukuh identiti bersama
Jun 19, 2016 | 05:30 AM
PEMIMPIN masyarakat mempunyai peranan penting menyatukan warga Singapura, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.
Selain itu, pemimpin agama dan masyarakat juga bertanggungjawab menerajui usaha melabur dalam hubungan dengan membina persefahaman baik dan sikap saling mempercayai antara masyarakat berlainan bangsa dan agama di sini, katanya.