PERSIDANGAN ANTARABANGSA MENGENAI MASYARAKAT SEPADU
Bincang cara terbaik perkukuh masyarakat berbilang agama
Sidang tiga hari bermula hari ini; Raja Abdullah II dari Jordan jadual beri ucapan dasar
Jun 19, 2019 | 05:30 AM
PEMIMPIN dunia dari sektor pemerintah, akademik dan awam akan menyertai pemimpin berbilang agama yang berhimpun di Singapura untuk menghadiri Persidangan Antarabangsa Mengenai Masyarakat Sepadu (ICCS), bermula hari ini.
Antara isu utama yang akan dibincangkan di sidang tiga hari itu ialah pemahaman silang agama dan cara terbaik untuk memperdalam dan memperkukuh pengetahuan dalam masyarakat majmuk.