Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Bincang isu keluarga di sesi Facebook Live BH

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Bincang isu keluarga di sesi Facebook Live BH

Feb 10, 2021 | 05:30 AM

MEREKA bukan sahaja pasangan hidup, tetapi mereka juga rakan perniagaan yang sama-sama mengendalikan syarikat pengurusan acara LalooLalang.

Namun, pasangan selebriti Huda Ali dan Den Sabari tetap berdisiplin membahagikan waktu serta membezakan antara masa untuk bekerja, masa bersama dengan satu sama lain dan masa bersama dua cahaya mata mereka, Leia Qaseh dan Luke Qalish.

Berkongsi demikian dalam sesi Facebook Live Berita Harian kelmarin, Huda berkata mereka biasanya mengelak daripada berbincang tentang kerja di rumah.

"Apabila saya bersama anak-anak dan Den bercakap tentang kerja, saya tak akan jawab. Tunggu esok.

"Kalau tidak, ia akan berterusan dan agak tak sihatlah. Kita harus adakan sempadan (antara kerja dengan masa bersama keluarga)."

Sesi perbincangan yang bersiaran secara langsung selama sejam di Facebook Berita Harian itu bertemakan 'Membina Keluarga Berdaya Tahan' dan turut menampilkan penceramah motivasi Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah serta Pengarah Kanan Khidmat Sosial Pemuda Pemudi Islam Singapura (PPIS) Azita Abdul Aziz.

Dihoskan koresponden Berita Harian Shahida Sarhid serta Ustaz Muhammad Fadhly Rosli, sesi itu membincangkan bagaimana untuk mengukuhkan hubungan kekeluargaan.

Dato' Dr Mohd Fadzilah antara lain menarik perhatian pentingnya tolak ansur untuk memastikan keharmonian dalam kehidupan berkeluarga.

Cik Azita pula berkongsi pentingnya membangun keluarga yang kukuh untuk menyediakan wadah positif bagi anak-anak berkembang dengan sihat dan meningkatkan daya tahan keluarga itu.

Ini dapat menyumbang kepada usaha membangun masyarakat yang kukuh.

Ini merupakan sesi pertama dalam siri Facebook Live Berita Harian yang membincangkan tentang keluarga sebagai sebahagian kempen 'Satu Hati, Satu Famili' PPIS.

Orang ramai boleh menyaksikan perbincangan lain dalam siri ini yang akan bersiaran langsung di laman Facebook Berita Harian setiap Isnin dari 8 hingga 9 malam.

Isu lain yang akan diketengahkan termasuk kaunseling, perceraian dan keluarga titipan.


PERBINCANGAN FACEBOOK LIVE BERITA HARIAN

- Sesi perbincangan Facebook Live Berita Harian bertemakan keluarga.

- Sempena kempen 'Satu Hati, Satu Famili' PPIS.

- Setiap Isnin selama enam minggu mulai 8 Februari, 8 hingga 9 malam.

- Pelbagai isu berhubung keluarga termasuk kaunseling, perceraian, keluarga titipan, perkahwinan pasangan muda dan keluarga tiri

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3