Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bincang mitos tentang barah buah dada

Aug 20, 2021 | 05:30 AM



PELBAGAI mitos berkenaan barah buah dada telah dibincangkan dan dijelaskan dengan terperinci dalam satu perbincangan.



Perbincangan tersebut yang dianjurkan bersama oleh akhbar Berita Harian dengan kerjasama Yayasan Barah Buah Dada, telah disiarkan di Facebook Berita Harian bermula semalam.



Antara yang dikupas termasuk mitos berkenaan penggunaan coli yang berwayar, yang boleh menyebabkan barah buah dada serta penggunaan deodoran atau produk antipeluh.



Konsultan kanan pakar onkologi perubatan di Pusat Barah Parkway serta wakil dari BCF, Dr Wong Chiung Ing, berkata kesemua mitos itu merupakan satu salah tanggapan yang sering dikaitkan dengan barah buah dada.



"Sebenarnya barah buah dada bukan terjadi akibat faktor luaran, tetapi sebaliknya faktor dalaman seperti sel dalam badan," ujarnya.



Ustazah Kalthom Isa yang juga merupakan antara tetamu yang diundang untuk memberikan pencerahan tentang topik tersebut turut memberikan sudut pandangan Islam mengenai unsur rawatan dan pencegahan barah tersebut.



Beliau menggesa agar wanita Melayu/Islam mengelakkan daripada mendapatkan rawatan "batin" yang belum tahu kesahihannya.



"Ada yang kerana takut untuk menjalani pembedahan atau melalui proses rawatan, beralih untuk mendapatkan rawatan atau pembedahan secara "batin".



"Kita perlu berfikir dengan rasional dan waras bahawa ini sesuatu yang tidak boleh dihadam minda, sekali gus bermakna, cara rawatan sedemikian tidak memberikan manfaat," ujarnya.



Menurut Laporan Tahunan Pejabat Pendaftaran Barah Singapura 2018 yang dikeluarkan Mac tahun lalu, barah buah dada merupakan pembunuh nombor satu dalam kalangan barah yang didiagnos oleh wanita dari tahun 2014 hingga 2018.



Menggesa agar kaum wanita mengambil tindakan awal dengan melakukan pemeriksaan mamogram, Dr Wong berkata pelbagai subsidi disediakan pemerintah bagi tujuan tersebut.



"Banyak bantuan sedia ada. Yang penting, wanita lebih 40 tahun perlu lakukan pemeriksaan mamogram setiap tahun.



"Usah khuatir kerana selalunya kakitangan yang bertanggungjawab melakukan mamogram juga adalah wanita," katanya lagi.



Pemeriksaan awal juga akan mengelakkan keadaan menjadi semakin darurat.



"Jika dapat kesan awal terutama di tahap pertama, peluang kembali pulih adalah lebih 90 peratus," katanya lagi.



Untuk mendengar terus pencerahan yang diberikan mengenai isu barah buah dada, anda boleh menontonnya di Facebook Berita Harian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >