Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HARI WANITA ANTARABANGSA

Bincang peranan suami isteri: Tidak timbul isu 'tradisional lawan moden'

Masagos: Asas mahligai kukuh adalah pasangan bersikap adil demi kesejahteraan keluarga
Mar 08, 2021 | 05:30 AM



TIDAK seharusnya timbul isu 'tradisional-lawan-moden' dalam membincangkan peranan seorang suami dan isteri dalam masyarakat Melayu/Islam, tegas Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Malah, asas sebuah mahligai yang kukuh adalah untuk suami dan isteri bersikap adil sesama mereka, demi kesejahteraan keluarga. Ini juga menurut beliau adalah sejajar dengan ajaran agama Islam.



"Justeru, kita harus menghargai bahawa kededua ibu dan bapa memainkan peranan penting dalam membesarkan anak-anak dan memperkukuh keluarga, dan kededua lelaki dan wanita mempunyai aspirasi dan boleh menyumbang secara bermakna secara ekonomi dan masyarakat.



"Lelaki dan wanita harus saling menyokong satu sama lain dan menyedari nilai yang dibawa mereka sebagai individu kepada keluarga," ujar beliau, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam dan Menteri Kedua Kesihatan.



Encik Masagos berkata demikian dalam wawancara dengan Berita Harian sempena Hari Wanita Antarabangsa hari ini dan Tahun Raikan Wanita yang diisytihar Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) yang diterajuinya tahun ini.



Sempena Tahun Raikan Wanita 2021, pemerintah juga telah mengajak warga berkongsi pandangan mengenai isu-isu yang menjadi keprihatinan wanita menerusi Perbincangan mengenai Pembangunan Wanita Singapura yang dilancar September tahun lalu.



Dalam pada itu, Encik Masagos berkata beliau mahu menggesa kaum lelaki untuk menyertai proses menangani dengan betul keprihatinan golongan wanita, sambil menekankan bahawa kaum Adam lelaki adalah "bahagian penting kepada huraian" yang dicari.



Beliau menambah, Singapura menghargai norma-norma egalitarian atau hak dan peluang yang sama bagi lelaki dan wanita, bahawa kededua golongan itu wajar dihormati.



Namun, beliau akur stereotaip jantina dan sikap yang merendahkan martabat wanita atau misogyny tetap wujud kerana malangnya masih ada diskriminasi terhadap wanita yang perlu ditangani.



"Menerusi perbincangan ini, kami juga menerima maklum balas daripada ramai wanita Melayu/Islam yang bekerja bahawa mereka dibebani jangkaan untuk memikul tanggungjawab mengemas rumah, membesarkan anak-anak dan mengurus ehwal keluarga seorang diri, di samping kerjaya sepenuh masa mereka.



"Ada juga yang berkongsi bahawa mereka rasa tertekan untuk mengorbankan kerjaya dan impian mereka untuk duduk di rumah dan menjadi suri rumah," kata Encik Masagos, sambil menekankan maklum balas sedemikian turut diterima daripada wanita bukan Melayu/Islam.



Justeru, walaupun ramai lelaki telah pun menyedari perlunya berkongsi tanggungjawab yang dipikul wanita dalam keluarga, masih ada ruang bagi mereka untuk melakukan lebih lagi bagi menyokong wanita, anak-anak dan ibu bapa demi membangunkan asas keluarga yang kukuh.



"Saya menggesa kaum lelaki untuk melihatnya dari sudut ini: apabila kita berkongsi kerja rumah, kita menunjukkan bahawa kita sayang keluarga kita, menghargai isteri kita sebagai pasangan hidup dan mahu menjadi model contoh positif kepada anak-anak, lelaki mahupun perempuan, yang kemudiannya akan belakar apakah erti sebenar menghormati pasangan mereka kelak," ujar Encik Masagos lagi.




LELAKI DAN WANITA HARUS SALING MENYOKONG SATU SAMA LAIN



"Justeru, kita harus menghargai bahawa kededua ibu dan bapa memainkan peranan penting dalam membesarkan anak-anak dan memperkukuh keluarga, dan kededua lelaki dan wanita mempunyai aspirasi dan boleh menyumbang secara bermakna secara ekonomi dan masyarakat.



Lelaki dan wanita harus saling menyokong satu sama lain dan menyedari nilai yang dibawa mereka sebagai individu kepada keluarga."
- Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam dan Menteri Kedua Kesihatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >