Subuh
5:32
Syuruk
6:56
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:59
Isyak
8:13
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAWATAN PRESIDEN VIETNAM KE SINGAPURA

Bincang perluas kerjasama dalam bidang baru

Presiden Halimah dan Presiden Phuc sahkan lagi jalinan kukuh, substantif S'pura dan Vietnam
Feb 26, 2022 | 05:30 AM



SEDANG Singapura dan Vietnam bakal menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik tahun depan, dua negara ini terus memperkukuh hubungan dan kerjasama dalam pelbagai bidang.



Presiden Halimah Yacob berkata, persahabatan antara dua negara ini bertambah kukuh sejak hubungan diplomatik dijalin pada 1973. Vietnam, ujar beliau antara ekonomi paling pesat berkembang di Asia Tenggara dan rakan kerja penting bagi Singapura.



Singapura dan Vietnam juga menyambut ulang tahun ke-10 Kerjasama Strategik.



"Hubungan politik kukuh antara dua negara ini dilengkapi dengan kerjasama ekonomi kukuh yang terus dipertingkat walaupun di tengah-tengah pandemik Covid-19," ujarnya.



Puan Halimah berkata demikian semasa berucap di majlis jamuan malam yang diadakan buat Presiden Vietnam, Encik Nguyen Xuan Phuc, di Istana semalam. Encik Phuc berada di Singapura bagi satu lawatan negara dari kelmarin hingga hari ini. Ia lawatan negara pertama beliau ke Singapura.



Beliau diiringi isterinya, Cik Tran Nguyet Thu, serta pemimpin beberapa kementerian dan wilayah Vietnam.



Menurut satu kenyataan bersama Vietnam dan Singapura semalam, Puan Halimah dan Encik Phuc menyambut baik kemajuan cemerlang yang dicapai dalam usaha mengukuhkan Kerjasama Strategik dua negara ini.



Mereka mengesahkan lagi hubungan dua hala kukuh dan substantif serta menyemak kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk perdagangan dan pelaburan, pertahanan, pendidikan, kewangan, pengangkutan, pertanian-perdagangan, hak milik intelektual (IP), bantuan teknikal serta hubungan antara rakyat.



Dua pemimpin itu turut menarik perhatian mengenai pendekatan pada peringkat tinggi tahun lalu, termasuk pertemuan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, bersama Perdana Menteri Vietnam, Encik Pham Minh Chinh.



Singapura dan Vietnam juga komited meningkatkan hubungan politik dan ekonomi dengan memastikan pendekatan pada peringkat tinggi terus diadakan secara kerap, selain mengukuhkan mekanisme kerjasama dua hala sedia ada, seperti Mesyuarat Menteri Keterhubungan, yang mengadakan pertemuan ke-15 mereka 12 November lalu.



Puan Halimah dan Encik Phuc turut mengalu-alukan beberapa Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani antara kedua-dua negara semalam. Ini termasuk berhubung kerjasama dua hala dalam bidang pertahanan, perlindungan IP, ekonomi digital, perdagangan serta pertukaran antara rakyat.



"Semasa bertemu Encik Phuc... kami juga berbincang memperluas kerjasama antara dua negara ini dalam bidang baru seperti inovasi, keselamatan siber, bandar bijak, prasarana berdaya tahan, tenaga bersih dan perubahan iklim. Ini bidang utama yang akan membolehkan negara kita bangkit lebih baik selepas pandemik ini," ujar Puan Halimah.



Dalam pada itu, mereka turut bertukar pandangan tentang perkembangan penting di rantau ini dan antarabangsa. Mereka antara lain menekankan pentingnya usaha mengukuhkan perpaduan Asean, meningkatkan persepaduan ekonomi serantau, termasuk menerusi transformasi digital, serta memastikan hubungan berbilang hala berdasarkan peraturan bagi menggalak keamanan dan kestabilan di rantau ini.







Dialog pegawai pemerintah, pemimpin niaga SG, Vietnam



PERSEKUTUAN Perniagaan Singapura (SBF) mengadakan sesi meja bundar bagi kira-kira 100 pegawai pemerintah dan pemimpin perniagaan dari Singapura dan Vietnam semalam, sempena lawatan negara rasmi Presiden Vietnam, Encik Nguyen Xuan Phuc, ke sini.



Sewaktu dialog itu, yang dihadiri Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, mereka berbincang mengenai peluang baru bagi kerjasama antara syarikat Singapura dan Vietnam, misalnya dalam bidang pendigitalan, infrastruktur dan kemampanan.



"Perniagaan juga menekankan kepada pegawai pemerintah kepentingan penyambungan perjalanan bagi memudahkan peluang pelaburan dan perniagaan antara dua negara ini," kata SBF dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.



Di tengah-tengah pandemik Covid-19, Singapura kekal sebagai pelabur asing tertinggi di Vietnam selama dua tahun lalu berturut-turut.



Tahun lalu, nilai pelaburan langsung asing Singapura ke Vietnam berjumlah AS$10.7 bilion. Sebagai tanda minat perniagaan berterusan antara Singapura dan Vietnam, hampir 30 Memorandum Persefahaman (MOU) ditandatangani.



SBF juga diiktiraf Kementerian Perancangan dan Pelaburan (MPI) Vietnam dengan Sijil Merit atas peranan kuatnya dalam mengendalikan pelaburan asing ke Vietnam. Sijil tersebut mengiktiraf pertubuhan asing atas sumbangan besar mereka terhadap pembangunan sosioekonomi di Vietnam.



Ketua Pegawai Eksekutif SBF, Encik Lam Yi Young, berkata perniagaan Singapura terus berminat menceburi pasaran Vietnam.



Beliau berbesar hati dapat mengadakan dialog perniagaan bagi memberi pemimpin perniagaan Singapura peluang berinteraksi dengan Presiden Phuc serta pemimpin perniagaan dan pegawai negara itu.



"Menerusi program GlobalConnect@SBF kami, dan Pusat Perusahaan Singapura kami di Bandar Ho Chi-Minh, kami membantu perniagaan Singapura dalam usaha niaga mereka di luar negara dan menyediakan mereka sokongan di lapangan," ujarnya.



Di bawah program itu, lebih 20 projek tertumpu pada Vietnam dan hampir 200 syarikat Singapura telah meraih manfaat daripada nasihat SBF bagi memasuki Vietnam.



Pusat Perusahaan Singapura itu pula memberi perniagaan Singapura nasihat tentang pelaburan di Vietnam, menyokong mereka dalam memahami prosedur kelulusan kastam dan memudahkan pencarian mereka bagi rakan perniagaan seperti pengedar dan pengilang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >