Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bintang filem Ah Boys To Men, Noah Yap, dijel 9 bulan kerana ganja

Mar 04, 2016 | 08:00 AM



BINTANG filem tempatan Ah Boys To Men yang juga personaliti YouTube, Noah Yap, dihukum penjara sembilan bulan dalam berek Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) kerana menghisap ganja.

Anggota Perkhidmatan Negara (NSF) sepenuh masa berusia 22 tahun itu, yang berpangkat lans koperal, dijatuhi hukuman yang bersamaan penjara tentera itu pada Rabu (2 Mac).

Dia anggota Muzik dan Drama SAF semasa melakukan kesalahan itu, setelah memasuki NS pada Mei 2014.

Menjawab pertanyaan media, Kementerian Pertahanan mengesahkan Yap didapati bersalah di bawah Seksyen 8(b)(ii) Akta Penyalahgunaan Dadah.

Ia berkata: "Angkatan Bersenjata Singapura menggunakan pendekatan toleransi sifar terhadap penyalahgunaan dadah. Anggota Perkhidmatan yang didapati menyalah guna dadah akan dikenakan tindakan disiplin dan dipulihkan."

Yap menjadi popular sebagai IP Man dalam dua filem pertama siri filem tentera popular pengarah tempatan, Jack Neo.

Tiga filem itu memperoleh lebih $20 juta di box-office, dan juga melahirkan sebuah muzikal pada 2014 di mana Noah memainkan watak asalnya.

Selepas kejayaan dua filem tentera pertama Neo pada 2012 dan 2013, Yap berhenti pengajian teater di Akademi Seni Halus Nanyang untuk berlakon dalam satu lagi filem Jack Neo, The Lion Men, iaitu tentang tiga kumpulan tarian singa yang bersaing.

Yap dijatuhi hukuman di Pusat Mahkamah Tentera SAF, yang dibuka kepada awam.

Pesalah kali pertama boleh dikenakan hukuman penjara antara sembilan dan 15 bulan untuk penggunaan dadah. Pesalah berulang boleh dikenakan hukuman penjara dan rotan.

Penggunaan ganja dalam kalangan orang muda di sini semakin menjadi perkara membimbangkan.

Statistik yang dikeluarkan bulan lalu oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) menunjukkan hampir 70 peratus penagih dadah baru yang ditangkap tahun lepas berumur bawah 30 tahun, dan ganja dadah kedua paling disalah guna penagih baru, selepas methamphetamine, atau Ice.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >