DARIPADA gelaran Juara Akademi Fantasia 2015, penyanyi tempatan Sufi Rashid kini bergelar Artis Baru Lelaki Popular di majlis gilang-gemilang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) di Malaysia.
Sufi, 25 tahun, begitu terkejut dengan kemenangan yang tidak diduga itu selepas diuji dengan kebakaran restoran De' Tulang Merah yang dibukanya Februari lalu di Jalan Senang Ria Taman Gembira sekitar Kuala Lumpur.